Artis / Selebriti
” Mummy harap sampai tua nanti anak-anak akan tetap buat macam ni dengan Mummy dan Daddy.. ” – Watie
Video moment Uwais terus memeluk Watie Hanifiah ketika baru sampai rumah menyentuh hati warganet. Alahai, lihat momen ni pun dah sebak, ditambah pula dengan kapsyen yang ditulis oleh Watie, lagi bertambah touching..
Bagi yang mengikuti perkembangan isteri Shuib, Watie Hanifiah, pastinya sudah terbiasa melihat betapa rapatnya hubungan Watie dengan anak-anak tirinya. Keakraban yang terjalin antara mereka sudah menyerupai kasih sayang seorang ibu kandung terhadap anak-anaknya sendiri.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Watie, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Watie sedang menyanyi berduet bersama anak perempuan Shuib, Thalita. Namun, momen yang benar-benar menyentuh hati ialah apabila Uwais tiba-tiba muncul dan terus memeluk Watie dengan penuh kasih.
Aksi spontan Uwais itu membuatkan warganet tersentuh. Ramai meninggalkan komen mengatakan pelukan itu menggambarkan betapa dalamnya rasa sayang Uwais kepada ibu tirinya. Malah, ada yang menyifatkan kemesraan mereka sebagai bukti Watie disayangi sepenuh hati meskipun Uwais tidak tinggal bersama setiap hari.

Menerusi kapsyen, Watie turut meluahkan rasa syukurnya kerana disayangi anak-anak Shuib dengan begitu tulus. Katanya lagi, dia berharap agar kasih sayang itu akan terus kekal utuh sehingga mereka semua menginjak usia tua. Tidak hairanlah perkongsian tersebut menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka dalam tempoh singkat.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Saya doakan keluarga ni bahagia dan sentiasa berkasih sayang…. Semoga semua keluarga terinspirasi dari kasih syg mereka.. “
” Mummy punya kasih sayang tiada bandingan.. Manja betul Uwais dengan mummy.. Semua anak2 Shuib manja dengan mummy dorang.. “
” Watie memang another level punya Mak Tiri… Sampai aku rasa tahap dalam diri Watie ada Arwah Siti Sarah punya dekatnya Watie dgn Anak2 Arwah.. “
” Satu benda aku nak cakap Shuib memang tak salah pilih Isteri… Semoga Berbahagia dan berkekalan hingga ke Jannahlah Hampa… “
” Masa dia peluk tu nmpk mcm peluk arwah ibu dia, thnks mummy jdi yg terbaik untuk anak arwah.. Semoga keluarga ini berkasih sayang hingga syurga. Aminn Ya Rabb.. “
” Gabungan yang mantap. Meremang dengar mummyyy & tata sedap. Vibe ibu.. Suka tengok layanan Watie dekat anak2 Shuib.. “
” Memang manja sgt2 famly Shuib & Watie ni.. Anak2 pun dimanjakan dri arwah lagi hingga skrang.. Alhamdulillah.. “
Keakraban Watie bersama anak-anak Shuib bukan hanya menggambarkan kasih sayang yang ikhlas, tetapi juga menunjukkan bagaimana sebuah keluarga boleh terbentuk dengan penuh penerimaan dan kelembutan. Semoga ikatan kasih antara mereka terus mekar dan menjadi inspirasi buat orang ramai di luar sana.

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamwatie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

