Connect with us

Artis / Selebriti

” Muka ketat pun dah comel.. ” – Netizen

Gambar Anak Fasha Sandha, Aisha Amaira Yang Kini Sudah Berusia 8 Bulan Memakai Telekung Raih Perhatian Peminat. Alololo Comelnya Aisha, Muka Takde Mood Pun Tetap Nampak Cute !!

Hari ini genap usia anak ketiga Fasha Sandha iaitu Aisha Amaira berusia 8 bulan. Menerusi akaun Instagram, Fasha telah memuatnaik gambar terbaru anaknya itu untuk berkongsi kepada peminat-peminatnya yang mengikuti perkembangan Aisha.

Aisha yang comel dengan memakai telekung dilihat begitu serius sekali wajahnya. Menurut kapsyen yang dikongsikan, Aisha kini semakin sukar bila diajak bergambar berbanding dahulu yang sering tersenyum apabila bergambar.

Begitu cepat sungguh masa berlalu kan. Tanpa disedari Aisha sudah semakin besar. Pastinya banyak perkembangan Aisha seiring dengan usianya. Apa sahaja yang dikongsikan mengenai Aisha pasti dinantikan oleh para pengikut Instagram Fasha.

Untuk rekod, Fasha telah mendirikan rumahtangga bersama Aidil Aziz dan Aisha merupakan anak sulung pasangan ini. Fasha mempunyai dua lagi cahaya mata melalui perkahwinannya yang terdahulu iaitu Putera Rayfal dan Putri Raysha Jemaima.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Wajah Aisha sememangnya sering menjadi perhatian umum. Tetap comel walaupun bermuka ‘ ketat ‘ kan. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Happy 8 months Aisha.. MasyaAllah comelnya.. secantik namanya Aisha… semoga menjadi anak yg solehah…. penyejuk hati ibu dan ayah… “

” Comelnye ger4m tgk ni huu bibir tu lgi.. Alahai aisyah….. boolaatttnya muka. Soo cute tak tau nk habaq.. Alhamdulillah moga menjadi anak yg solehah.. “

” Bibir tu cantik .. Comey kalau jadi model baby tu.. Comel je… Apa maksud muka ketat.. Hihi.. Tak faham ?  “

” Muka ketat pun dah comel.. comel ye. bersih dan suci.. semoga lepas nie giliran sy. masih menanti kehadiran. 6 thun.. ” 

” Muka ketat tapi maniss.. Eeeeee…Ger4mnya tgk Aisyah… Comel sgt2. Eh mcm anggon dia celemira masa kecek cmel.. “

” So cantik.. nampak muka iras papa dia dh. comey nyee.. mulut tu cute sangat.. bibir cantik macam ibu dia.. putih gebu.. “

” Alolo, comelnya dia.. muka tu buatlah macam mana pun tetap comel. ger4m sangat tengok aisha ni.. happy 8 months … “

Siapa tidak ger4m melihat wajah si comel Aisha. Berkulit putih dan gebu, ramai menyatakan wajah Aisha saling tidak tump4h seperti bapanya, Aidil. Semoga Aisha Amaira membesar dengan sihat dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT