Connect with us

Artis / Selebriti

” Muka kedut, tangan tak pun.. ” – Netizen

Selepas Viral Isu Pelakon Dewasa Jadi Budak Sekolah, Make Up Sheila Rusly Sebagai Opah Aminah Pula Terima Krit1kan Netizen. Fuhh.. Sampai Ke Tangan Dibelek Oleh Netizen, Ini Respon Padu Sheila !!

Drama Bukan Gadis Biasa menghiasi slot Akasia di TV3. Drama arahan Jinggo ini membariskan pelakon-pelakon hebat negara antaranya Ayda Jebat, Remy Ishak, Nazim Othman Mas Khan. Selain itu juga, ia dibantu oleh ramai pelakon pembantu lain yang menghidupkan lagi jalan cerita drama ini.

Antara watak yang hang4t diperkatakan sekarang adalah watak Opah Aminah lakonan Shiela Rusly. Kalau disebut tentang penghayatan dan lakonan Sheila, itu adalah antara perkara terhebat yang ada dalam dirinya. Berilah apa sahaja watak, pasti akan meningg4lkan kesan di hati penonton.

Membawa watak orang tua memberi cabaran buat Shiela dan seluruh team. Perlu solekan khas untuk mengubah rupanya supaya kelihatan benar-benar tua dan ianya bukanlah sesuatu yang mudah. Tidak hanya solekan di wajah, malahan anggota badan lain juga perlu penelitian supaya tidak nampak perbezaan ketara.

Menerusi akaun Instagram, Sheila Rusly telah berkongsikan satu gambar yang menunjukkan tangannya yang disolek untuk drama ini. Jika dilihat dengan dekat jelas kelihatan kehalusan solekan yang buatkan tangan Shiela benar-benar nampak tua. Hebat betul kuasa make up ni.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya..) 

Rata-rata netizen memuji lakonan dan kehebatan cerita ini. Antara komen-komen netizen :

” Yang penting gesture badan, lirik mata kak sheila memang terbaik.. Memang gaya opah. Congrats sis.. “

” Cerita ini mengingatkan saya dekat arw4h opah saya.. Terbaikkk.. “

” Saya sayang opah. Terima kasih kerana tayangkan #bukangadisbiasa sebab secara tidak langsung didik anak saya yang kecil-kecil sayang orang tua. Terima kasih sis.. “

” Teruskan berlakon opahh terbaikk memang best cerita ni.. “

” Tq opah buat cerita best puasa ni. Sayang opah. Kelakar la part opah nak kencing tu.. “

” Opah hari-hari buat hal lah hahhahahha. I love you opah …. Dari dulu sampai sekarang gua minat Gil4 kat lu sis…. Lu berlakon jadi ape PON semua menjadi… Hahhaha.. “

” Husband cakap, ketuk-ketuk ramadhan tahun nie tak ada, sebab shiela rusly jadi opah jah4t pukul 7 kat tv3. Hahahaha.. “

Namun ada juga yang memberikan komen kurang enak tentang solekan Opah Aminah ini. Sheila Rusly pantas memberikan jawapannya .

Alahai netizen ni, habis semua ceruk dia teliti. Sampai tangan berkedut ke tidak pun jadi perhatian dan isu. Macam-macam ragam penonton setia drama melayu ni. Sangat melucukan dan prihatin sungguh. Apa pun, kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah buat pelakon dan seluruh team kerana menghasilkan drama yang baik.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shiela Rusly by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT