Artis / Selebriti
” Meriah betul perkahwinan diraja. Lagu tu pun rasa nak menari dengar.. ” – Netizen

Perkongsian Video Lagu Istiadat Perkahwinan Diraja Brunei Dan Majlis Bersuruh Mempelai Diraja Cur1 Perhatian Warganet. Wah Memang Happening Sangat. Bukan Selalu Dapat Tengok Majlis Macam Ni, Unik Sungguh. Lagu Pun Best !!
Seperti yang dicanang-canangkan, hari ini bermula lah majlis istiadat perkahwinan diraja buat Pengiran Muda Abdul Mateen dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Binti Adam. Sebagaimana yang dimaklumkan, majlis dimulakan pada 7 Januari dengan Majlis Bersuruh Diraja.
Meninjau akaun Tiktok Aziz Kurniawan, telah dikongsikan beberapa buah posting yang memaparkan suasana ketika majlis ini berlangsung. Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar โAli Saifuddien Saโadul Khairi Waddien dan Yang Di-Pertuan Brunei Darussalam menghadiri majlis ini di Istana Nurul Iman.
Baginda Sultan Brunei memberikan titahnya kepada wakil Istana untuk bertemu keluarga YM Dayang Anisha dan merisiknya. Ini adalah antara istiadat keluarga diraja Brunei dan selepas ini akan menyusul majlis seterusnya mengikut istiadat.
Turut sama dikongsikan nyanyian lagu istiadat perkahwinan Diraja Brunei yang menghiburkan. Lagunya cukup ceria dan kedengaran seperti lagu raya kata warganet. Meriah sungguh istiadat keluarga diraja Brunei dan ianya menarik untuk dilihat oleh rakyat dari negara lain.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika jika video lambat keluar )ย
@azis_kurniawan1 Lagu Istiadat Perkahwinan Diraja #brunei HRH Prince Mateen dan Dayang Anisha Rosnah binti Adam #brunei ๐ง๐ณ #pengantindirajabrunei2024 #princemateen
@azis_kurniawan1 Majlis Bersuruh Mempelai Diraja #brunei ๐ง๐ณ #princemateen dan Dayang Anisha Rosnah #pengantindirajabrunei2024 #brunei ๐ง๐ณ #indonesia ๐ฎ๐ฉ
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Meriah betul perkahwinan diraja.. Lagu tu macam lagu raya, best pulak dengar. Auto rasa happy dengar lagu ni.. ”
” Tahniah Prince Mateen.. Selamat pengantin baru tuanku.. sedap lagu macam lagu raya dulu-dulu.. meraikan pengantin, sesuai lagu nya.. ”
” Walimatulurus ke atas perkahwinan diraja, Putera Mateen dan Puteri Anisha,.. salam dari Malaysia.. ”
” Syukur Alhamdulillah… selamat pengantin baru Tuanku.. Alhamdulillah.. semuga terbina keluarga sakinah mawadah.. ”
” Daulat tuanku.. berseri-seri.. Alhamdulilah Allah lindungi pngantin d Raja aamiiin.. semoga perkahwinan kekal dan bahagia selalu.. ”
” Syok tengok majlis istiadat diraja Brunei ni, lain dengan istiadat dekat Malaysia. Lagu tu pun rasa nak menari dengar.. ”
” Pengantin diraja bahagia sejahtera… Lilin pun kena kuning, baru tahu. Tiktok live ada tak.. selamat pengantin baru Tuanku.. ”
Kemeriahan yang bukan hanya dirasai oleh kerabat diraja, malah rakyat jelata juga. Tak sabar menanti acara kemuncak istiadat akad nikah, tentu lagi meriah. Apa-apa pun, semoga semua urusan sepanjang majlis pernikahan Putera Mateen dan YM Dayang Anisha ini berjalan dengan lancar.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok aziz_kurniawan1
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Best suara dia, menusuk kalbu. Terbayang arwah SS weh, sumpah aku nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Tak keruan Bella dekat Mekah tengok live ni. Banyak sangat YB terlepas cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Deep sangat sampai ke dalam jiwa. Kak Long anak yang sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Jujur aku sedih dengar apa Bella cakap. Tulus hati dia mendoakan YB.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Comelnya gelagat kak long di dapur. Geram dengar dia cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sejak bila Abang Long lucu. Dengan Amira, keluar perangai sebenar dia.. ” – Komen Netizen