Artis / Selebriti
” Meremang dengar suara dia, serius merdu. See, yang pernah dia kecam dulu.. ” – Komen Netizen
Video Thalita menyanyi lagu Agnes Monica berjudul Karena Aku Sanggup raih pujian ramai. Fuhhh meremang dengar suara Thalita, makin sedap dan merdu. Part low note tu sebijik macam suara arwah Siti Sarah..
Ketika awal kemunculannya dulu, ramai yang memberikan sokongan dan tidak kurang juga yang mengecam anak perempuan Shuib Sepahtu dan arwah Siti Sarah Raissuddin, Thalita. Keputusan Thalita untuk menceburkan diri dalam bidang nyanyian dan ingin menjadi seperti ibunya disambut baik oleh Shuib.
Hari demi hari, Thalita semakin banyak mempelajari teknik nyanyian yang betul. Kelas vokal yang dihadiri Thalita bersama komposer Ajai banyak membantu memperbaiki kelemahan Thalita dalam nyanyian. Hasilnya nyanyian Thalita sekarang lebih merdu dan penuh keyakinan berbanding sebelum ini.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Aafiyrjtln0, telah dikongsikan satu video terbaru Thalita yang memaparkan Thalita sedang berlatih menyanyi. Thalita mendendangkan lagu popular daripada penyanyi negara jiran Indonesia, Agnes Monica berjudul Karena Aku Sanggup.

Suara Thalita dan penghayatannya ketika menyanyikan lagu ini dipuji oleh warganet. Memetik komen warganet, suara Thalita semakin mirip dengan suara arwah Sarah. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, bakat seni Sarah mengalir dalam badan Thalita.
Jom tonton video di bawah :
@aafiyrjtln0 #watiehanifiah #shuibsepahtu #shuibwatie #fyp #foryoupage #viralvideo #artismalaysia
@aafiyrjtln0 #watiehanifiah #shuibsepahtu #shuibwatie #fyp #foryoupage #viralvideo #artismalaysia
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih hampir 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Karena ku sanggup -agnes monica sedap lagu nie.. Low register & vocal dia dah hampir menyamai arwah Sarah. seumur 12 tahun dah camni, imagine bila dah besar sikit. fly high Thalita.. “
” Im proud of u dekta. Dulu i remember tgk dekta kagum tgk arwah ibu singing now you also got the talent. be humble always okay.. “
” Cepat nya belajar menyanyi. Dulu tak begini sedap suara dia.. Matang terus nyanyian dia.. trust the process.. satu hari nnt talita akan jd penyanyi hebat.. “
” Yg tak pernah judge suara dia angkat tangan sbb aku percaya semua benda kat dunia ni ada proses dia , yang penting kena usaha and yakin tu je.. “
” Asal rse sedih ek… padahal suare dia sedap byk da improvement.. tapi hati nie hiba. makin mirip suara Sarah.. kalau pejam mata, memang terbayang sarah nyanyi ni.. “
” Kenapa aku nampak macam Sarah yang menyanyi.. Meremang dgar suara dia. teringat kt arwah ibu dia,mana tumpahnya kuah klu bukan ke nasi kan… bakat mnurun, mashaallah.. “
” See yang penah kecam dulu.. vokal ni perlu dilatih.. merdu betul nyanyian dia.. meremang dengar, serius merdu.. the next siti sarah.. sarah mesti bangga dengan Thalita.. “
Kerja keras Thalita berlatih menyanyi setiap hari menunjukkan hasil yang boleh dibanggakan. Semakin banyak kemajuan yang Thalita tunjukkan dan ianya mengagumkan warganet. Semoga Thalita terus maju jaya dan bakal mencapai impiannya untuk bergelar penyanyi hebat seperti ibu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Aafiyrjtln0
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Anak artis sangat lah kamu ni anak. Siap jadi director tu tak tahan, haha.. ” – Fazeera

