Artis / Selebriti
” Mereka la Syurga saya walaupun bukan la senasib atau sekisah dengan orang lain.. ” – Yamani Abdillah
Muatnaik gambar throwback bersama ibu dan ayah semasa kecil, perkongsian Yamani Abdillah sempena hari lahirnya buat ramai tersentuh. Cantik ibu Yamani, Yamani copy paste muka ibu dia rupanya..
Tanggal 23 November genaplah usia anak sulung Raja Pop negara Dato’ Jamal Abdillah iaitu Osama Yamani yang ke 23 tahun. Osama juga dikenali ramai wargamaya dengan nama pentasnya sebagai Yamani Abdillah. Untuk rekod, Yamani adalah anak hasil perkahwinan pertama Dato’ Jamal.
Menerusi perkongsian terbaru Yamani di akaun Instagramnya, satu coretan khas beserta beberapa keping gambar telah pun dimuatnaik. Yamani memulai coretannya dengan mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan selamat hari lahir dan mendoakan yang terbaik untuk dirinya.
Anak muda ini juga menzahirkan ucapan terima kasih khasnya untuk ibu dan baba tersayang. Tanpa kedua orang tuanya itu, tidak adalah Yamani pada hari ini. Ibu melahirkan Yamani dan baba pula membesarkannya pada masa itu dengan penuh kasih sayang. Kedua-duanya adalah syurga untuk Yamani.

Walaupun tidak merasai keluarga yang sempurna seperti orang lain, Yamani bersyukur kerana dia tahu aturan Allah adalah yang sebaik-baiknya. Segala apa yang terjadi dalam hidupnya dari kecil sehingga kini, Yamani terima dengan hati yang redha. Allah tidak menguji hamba-Nya melebihi kemampuan hamba-Nya itu sendiri, itu yang Yamani jadikan sebagai pegangan.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian oleh Yamani ini mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Hepi Besday yamaniabdillah .. semoga cita cita dan impian akan terlaksana.. semoga murah rezeki dan diberi kesihatan yg baik.. “
” Selamat hari lahir Yamani . Semoga dimurahkan rezeki dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan . Roti canaiii 1.. “
” Happy birthday Osama.. semoga bahagia selalu dan dikurniakan kesihatan yang baik.. Aamiin.. “
” Happy birthday maman. Semoga Allah merahmati dan mudahkan urusan sehingga ke akhir hayat. Amin.. “
” Happy birthday maman.. semoga segala yang baik baik untukmu .. Semoga dimurahkan rezeki dan tercapai cita cita mu.. “
” Sanah Helwa, Maman.. A very inspiring young man & role model to young kids, and a passionate musician. Semoga Allah rahmati fid duniyya wal akhirah.. ameen.. “
” Happy birthday Osama. Suka tengok picture Osama dengan ibu dan baba. Cute baby.. semoga semuanya berjalan lancar untuk kehidupan mu dik.. “
Kasih sayang ibu dan baba tidak pernah berkurang untuk Yamani dan mereka mendukung segala yang Yamani lakukan sekarang. Selamat hari lahir Yamani daripada kami di Berita Kopak dan semoga semua impian serta cita-cita Yamani dimakbulkan oleh Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Yamani Abdillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen


