Artis / Selebriti
” Merdunya suara. Happy anniversary both of you.. ” – Netizen
Stacy Anam Kongsi Video Menyanyikan Lagu Kekasih Yang Tak Dianggap Sempena Ulang Tahun Perkahwinannya Yang Kelima Bersama Akim Ahmad. Mantap Lah Stacy !!
Ulang tahun perkahwinan merupakan haribulan berlakunya perkahwinan yang disambut setiap tahun. Setiap yang berkahwin menganggap hari tersebut penting dan meraikan dengan cara yang tersendiri. Begitu juga dengan Stacy Anam yang berkahwin dengan Akim Ahmad.
Meninjau ke laman Instagram milik Stacy, Stacy telah berkongsi video menyanyikan lagu ‘kekasih tak dianggap’ nyanyian kumpulan Kertas di samping Akim yang bermain gitar di sebelahnya. Akim mengiringi nyanyian Stacy dengan petikan gitar. Dapat didengar suara Stacy yang merdu apabila menyanyikan lagu tersebut secara live.
Lagu tersebut didedikasikan Stacy buat suaminya Akim sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima. Wajah Stacy yang p0los tanpa secalit solekan menampakkan kulit wajahnya yang sihat, cantik dan bersih. Kecantikan wajah Stacy terserlah walaupun tanpa mengenakan sebarang solekan.

Menerusi kapsyen tulisan Stacy, Stacy mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat suaminya Akim dan sambil bertanyakan yang dia mempunyai laki(suami). Perkongsian daripada Stacy mera1h lima puluh ribu tanda suka dan seribu komen. Pelbagai reaksi diberikan peminatnya.
Jom tonton video di bawah :
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikutnya mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat mereka. Pengikutnya turut memuji suara Stacy yang sangat merdu didengar serta wajah Stacy yang cantik tanpa mengenakan solekan. Antara komen-komen yang dit1nggalkan:
” Love love love.. Happy anniversary both of you.. Favourite couple ever.. Suka kimcy masa zaman korang couple2 dulu lagi.. Pasangan paling chill and sempoi.. “
” Power la suara.. Waaa… Feveret song…tq stacy.. Happy anniversary akimahmad and stacyanam semoga ikatan suci kalian akan kkl hingga akhir hayat.. “
” Baru layan performance2 stacyanam masa kat AF6 dulu kt youtube.. Bukak IG pulak tengok post ni.. How time flies.. Happy anniversary stacyanam akimahmad.. “
” Kekasih yang tak dianggap.. Kertas band.. Best sgt stacy bawak lgu ni.. Merdunya suara ko.. Win ter0k caption.. Happy Anniversary love.. “
” Woa lagu zaman skola ba ini.. Suara tu ba mmg one and only in Malaysia.. Senang cam. Legend.. I love it vocals.. Happy anniversary.. Merdunya suara.. “
” Vokal stacy mantap gitu bah.. Proud of sabahan girl.. Stacy tak mekeup lagi cantik la.. Patut lq akim suka dia.. Rupanya di sebalik makeup cantik dan ayu orangnya.. “
” Sedap gila suara.. Stacy tak make up mcmni mashaaallah… Comel sgt.. Sedap nya lagu terbaik.. Happy annivesary kakak stacyanam dan suami.. Fave couple.. “
” Happy anniversary kakak sayang dan abang akimahmad.. ” – Ernie Zakri
” Happy Anniversary adik berdua korang memang sepadan semuga bahagia hingga ke Jannah.. Amin.. ” – Zarina Zainuddin
” Happy Anniversary Sweet Couple.. Till Jannah.. stacyanam akimahmad.. ” – Zizi Kirana
” Happy Anniversary.. ” – Bella Astillah
Romantisnya Stacy, menyanyikan lagu untuk menunjukkan rasa cintanya kepada Akim. Pastinya bertambah sayang Akim kepada Stacy. Kami dari Berita Kopak ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat Stacy dan Akim. Semoga berbahagia dan berkekalan sehingga ke Jannah. Amin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Stacy Anam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti2 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti7 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen

