Artis / Selebriti
” Menjadi kesalahan ke sekiranya kita taip nama Tuhan menggunakan huruf kecil ? “
Terima Pertanyaan Daripada Netizen, Ini Jawapan Dan Penerangan Iman Muda Ashraf. Mungkin Ramai Antara Kita Masih Tak Tahu, Semoga Perkongsian Ini Bermanfaat Kepada Semua !!
Meninjau di akaun Instagram radio Sinar, telah berkongsi satu video yang memaparkan Imam Muda Asyraf menjawab pertanyaan daripada seseorang yang bertanya tentang ‘ Adakah menjadi satu kesalahan sekiranyan menaip nama Tuhan menggunakan huruf kecil ? ‘
Respon Iman Muda Asyraf pada mulanya, telah memberikan sedikit penerangan mengenai ejaan arab perkataan Allah itu kita sememangnya tidak boleh mengubah kerana mempunyai kemuliannya sendiri.
Malah ujar Iman Muda Asyraf lagi, mengenai ejaan Allah dalam tulisan rumi pula menggunakan semua huruf besar mahupun huruf hadapan sahaja besar ianya lebih baik kerana menggambarkan kemuliaan Allah.

Manakala menulis nama Allah dengan kesemua huruf kecil dan bukan berunsur untuk mengh1na dan merendahkan ianya tidak menjadi satu kesalahan. Begitu juga dengan perkataan God juga tidak mempunyai masalah jika ditulis dengan huruf kecil.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ada warganet memberikan respon berterima kasih atas perkongsian ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Terima kasih atas perkongsian ilmu. Memang ada tertanya-tanya mengenai hal ini. Tq IM Asraf dan radio Sinar.. “
” Cikgu kami ajar tulis huruf besar depan jika berkenaan dengan nama.. Hurmmm mungkin tu masa zaman sekolah kami la.. “
Menarik soalan ini, semestinya ramai yang tertanya-tanya dan sudah menjadi kebiasaan bagi kita menulis Allah dengan huruf besar kesemuanya atau pun huruf hadapan sahaja huruf besar. Moga penjelasan oleh Iman Muda Asyraf ini akan bermanfaat buat kita semua.

Untuk pengetahuan, menerusi satu segmen iaitu ‘Kawan Tanya Ustaz Jawab ‘ ini adalah segmen mana sekiranya kita ada mempunyai kemusykilan berkaitan agama, bolehlah ajukan soalan-soalan tersebut kepada Imam Muda Asyraf untuk mendapatkan pencerahan. Bak kata Iman Muda Asyraf, ‘ Jangan m4lu, jangan segan, kalau tak tanya, sesat jalan ‘

Silakan SHARE..
Sumber : IG sinar_my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti7 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti5 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti2 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen

