Artis / Selebriti
” Memang betul-betul Tuah, dah pandai makan sendiri.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Remy Ishak, Tuah Alam Yang Kini Sudah Berusia 8 Bulan Sedang Makan Buat Ramai Yang Geram Melihatnya. Alahai Tuah Dah Pandai Makan Sendiri. Dah Besar Tuah, Comel Sangat. Muka Sebijik Macam Bonda Dia !!
Umum mengetahui yang pelakon Remy Ishak telah dikurniakan seorang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Ezza Yusof. Sejak dilahirkan, anak pasangan ini sering menjadi perhatian warganet lagi-lagi namanya yang begitu unik dan klasik.
Remy dan Ezza memilih nama Tuah Alam buat putera sulung mereka. Selepas empat bulan dilahirkan, Remy akhirnya mendedahkan wajah anak lelakinya, Tuah Alam menerusi perkongsian di Instagram. Diam tak diam, sekarang Tuah telah pun berusia 8 bulan.

Klik gambar untuk info..
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Tuah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Tuah sedang makan. Kelihatan Tuah berada di sebuah restoran untuk berbuka puasa. Di ruangan kapsyen, mengatakan yang buah tembikai adalah buah kegemaran Tuah.

Perkongsian video itu menarik perhatian warganet kerana Tuah sekarang sudah pandai makan sendiri. Meskipun kelihatan di sisi pinggan tersebut mempunyai sudu, Tuah lebih selesa menggunakan tangan untuk makan. Sehingga kini, video baru Tuah ini menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian video ini dan memuji kecomelan Tuah sedang makan. Antara komen-komen menarik adalah :
” Memang betul-betul Tuah, dah pandai makan sendiri.. Awai tuah buka posa… Comel betul.. Dah besar dah pun dia.. Suka buah tembikai rupanya.. “
” Masha Allah.. Salah satu buah kegemaran Nabi Muhammad S. A. W.. Tabarakallah.. Moga Tuah menjadi anak soleh, amin.. “
” Asal comel sangat ni Tuah syg.. Samalah kita suka watermelon jugak.. hehehe.. “
Alahai Tuah sudah pandai makan sendiri. Nampak Tuah geram sungguh tengok buah tembikai yang ada di dalam pinggan tersebut. Sekejap betul masa berlalu, beberapa bulan lagi Tuah bakal memasuki usianya 1 tahun. Saling tak tumpah wajah Tuah ini seperti bondanya.

Sebelum ini, video gelagat Tuah dibawa untuk fitting baju rayanya turut menjadi perhatian. Mesti ramai tak sabar nak tengok gambar Tuah pada hari raya nanti, Apa-apa pun semoga Tuah terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG tuah.alam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau Syazuwan tu perempuan, aku rasa dorang dah peluk-peluk sambil nangis. Sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Ameng tu aku tak tahan. Tergelak aku tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selama ni Hussain menyorok kat mana ye, effortless betul suara dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku dah mula start nak nangis, lagu best dan suara mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini yang ditunggu-tunggu. Akhirnya BASS berduet juga guna lagu ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia cuba sampaikan luahan hati yang terpendam, lama dia simpan tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Weh merah padam muka Bella. Syok ek korang kenakan Bella, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Masha Allah, merdunya azan Hussain ni. Tenang hati dengar.. ” – Komen Netizen


