Artis / Selebriti
” Mata masuk habuk dengar Bonda minta maaf dekat Datin.. ” – Netizen
Video Datin Shahida Bermaafan Bersama Ibu Mertuanya, Bonda Rozita Ibrahim Buat Ramai Yang Sebak. Ibu Mertua Yang Baik, Sayu Hati Dengar Setiap Kata-Kata Bonda Buat Datin Shahida !!
Meninjau di akaun Instagram milik isteri jutawan kosmetik Dato’ Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida telah dikongsikan video yang memaparkan mereka sekeluarga berhari raya di rumah Bonda Rozita Ibrahim pada tahun ini.
Menerusi video itu, Datin Shahida merakamkan saat dirinya bersalaman bersama Bonda dan memohon maaf. Kelihatan ibu mertua dan menantu ini saling sebak dan seperti mahu menangis meskipun mereka belum lagi bersalaman antara satu sama lain.
Datin Shahida memohon maaf kepada Bonda, namun begitu Bonda terus berkata yang Datin Shahida tidak mempunyai salah terhadapnya dan dalam masa yang sama, Bonda juga turut memohon maaf kepada Datin Shahida kerana Datin Shahida banyak mengharungi ujian gara-gara anaknya.

Perkongsian video tersebut telah mengundang sebak warganet. Ramai yang mengatakan terharu melihat sikap Bonda melayani menantunya. Sehingga kini, video tersebut menerima belasan ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka meluahkan rasa sayu melihat video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Mata masuk habuk dengar Bonda minta maaf dekat Datin.. Mertua paling best jugak dia ni.. Sedar anak dia ada kekurangan.. “
” Mak minta maaf mak tak sempurna dapat laki ujian kau banyak, nak nyusahkan kau sebab anak2 mak.. Bonda mertua hebat.. “
” Bila mak mertua merendahkan diri mengakui khilaf anak sendiri.. Meminta maaf dgn menantu.. Allahuakbar mulia sungguh hatinya.. “
” Ko dapat laki, ujian ko banyak” Alhamdulillah… Ibu mertua yang memahami. Boleh geng datin Fatimah.. Selamat hari raya Datin sekeluarga.. “
” Bilamana seorang ibu faham salah anak2 nya. Bukan kerja menyalahkan menantu sahaja. Selamat Hari Raya bonda.. “
” Ya Allah… Baiknya mak mertua. Moga sy merasa nikmat utk dapat mertua sebaik ini.. Ini la contoh ibu mertua yg sebenar. Menitis air mata tgk.. “
” Bila mak mertua minta maaf atas salah anaknya berbahagia la dikau wahai menantu kerana memiliki ibu yang baik.. Syukur Alhamdulillah.. “
Suka tengok Bonda dan Datin Shahida. Tengok sahaja lah cara Bonda bercakap dengan Datin Shahida. Bak kata warganet, Bonda juga antara mertua yang harus diberikan pujian kerana sangat menyanyangi menantu seperti anak kandungnya sendiri.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti7 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen



