Artis / Selebriti
” Masyallah, tengok ni pun berderai air mata saya.. ” – Netizen
Video Puan Masitah Mohd Affandy Yang Dibantu Oleh Suaminya Untuk Dipakaikan Lipstik Buat Ramai Tersentuh. Alahai Boleh Mengalir Air Mata Tengok, Sebaknya !!
Tahun lalu, kisah seorang usahawan bernama Puan Masitah Mohd Affandy yang dahulunya normal, namun kedua-dua matanya menjadi buata selepas terbabit dalam kemal4ngan jalan raya tular di media sosial. Apa yang berlaku tidak menyebabkan Masitah patah semangat, sebaliknya terus positif dalam meneruskan kehidupan.
Aura positifnya dapat dilihat menerusi perkongsian video di TikTok yang membuatkan netizen kagum dan memuji Masitah yang nampak tenang walaupun selepas berdepan dengan ujian yang hebat. Malah dilihat sehingga ke hari ini, Masitah sering dijemput hadir ke banyak majlis untuk berkongsi semangatnya kepada orang ramai.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Masitah, telah dikongsikan video yang memaparkan Masitah bersama suaminya iaitu Nik Nazri Abidin. Menerusi video itu, Nazri sedang membantu Masitah memakai lipstik. Perkongsian video tersebut telah mencur1 perhatian warganet.

Ada yang mengatakan suka melihat kasih sayang pasangan ini dan cara layan Nazri terhadap Masitah meskipun kehidupan mereka diuji. Sehingga kini, video tersebut telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan mereka turut mendoakan yang baik-baik buat Masitah. Antara komen-komen menarik adalah :
” MasyaAllah, rasa terus bergenang airmata tgk pasagan ni berkasih sayang.. Semakin diberi ujian, semakin kuat bergandingan.. “
” Masyallah. Tgk ni pun berderai air mata saya ni. Semoga Allah terus kuatkan cinta kalian dan saling melengkapi smp Syurga.. “
” Alooo sweet ye.. Sampai bersemut screen fon ni.. Alhamdulillah NIKMAT Tuhan manakah yang kamu dustakan.. Saya doakan semoga Mashy akan dapat melihat nanti.. “
” MasyaAllah. Bahagianya tengok. Rasa sampai sini. Moga kekal sakinah, mawaddah wa rahmah til Jannah Puan Masitah dan suami.. “
” Hikmah diatas apa yg terjadi… Hubungan jadi makin rapat & penuh kasih syg dibelai melimpah ruah perasaannya dilayan bagai puteri raja.. “
” Masyallah. Moga Allah lindungi suami Mashyta dari segala fitnah dunia dan mata2 jahat serta tetapkan iman beliau, agar beliau dapat terus mengasihi dan berbakti kepada isteri beliau Mashyta. Aamiin.. “
” Kite ni kalau tak bersyukur lagi tak taulah.. Bangga tengok puan dan suami.. Semoga Allah sentiasa merahmati puan dan suami.. “
Sedikit pun Nazri tidak melayan Masihat seperti orang kurang upaya. Bahkan melayan Masitah seperti permaisuri. Apa-apa pun sama-sama kita doakan semoga ada keajaiban buat Masitah untuk sembuh dari penglihatan dan moga terus bahagia bersama suami. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG mashyta_oneandonly
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti7 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salah tu memang salah lah, tapi nak buat macam mana kan. Orang dah.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang last tu penam por satu kali hilang la kut gagapnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baru umur 13, dah nampak macam 20.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Buat anak-anak saya 6 orang, biar pun papa mencari lagi 4 orang takde.. ” – Datuk Red
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you for giving me the family I have always prayed for.. ” – Suami Nelydia Senrose
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lunak lenggoknya, memang kena dengan jiwa ghazal. Melekat terus sampai ke telinga.. ” – Komen Netizen


