Artis / Selebriti
” Alhamdulillah first time shopping baju raya bertiga.. ” – Masitah Mohd Afandy
Video Usahawan Masitah Mohd Afandy Pergi Membeli Persiapan Hari Raya Bersama Suami Dan Anak Angkat Mereka Mengundang Sebak Warganet. Part Tiga-Tiga Pegang Tangan Tu Alahai Touching Lah Tengok !!
Tahun lalu kisah seorang usahawan bernama Masitah dahulunya normal, namun kini buta kedua matanya selepas terbabit dalam satu kemal4ngan jalan raya dua hari sebelum Ramadan menjadi perhatian ramai. Namun apa yang terjadi tidak menyebabkan Masitah murung sebaliknya terus positif dalam meneruskan kehidupan.
Aura positif usahawan cekal ini dapat dilihat menerusi perkongsian video yang dikongsikannya di akaun TikTok dan Instagram. Ramai netizen kagum dan memuji Masitah yang nampak tenang walaupun selepas berdepan ujian yang hebat.

Klik gambar untuk info..
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Masitah ada memuatnaik satu video yang memaparkan Masitah membawa seorang budak lelaki membeli pakaian raya. Tulis Masitah, budak lelaki itu bernama Qayyum Ammar merupakan anak angkat yang diambilnya.

Tulis Masitah di ruangan kapsyen meluahkan rasa syukur kerana dapat membeli kelengkapan raya dan berbuka puasa bersama Ammar. Perkongsian video ini telah mengundang sebak dan terharu warganet. Sehingga kini perkongsian ini menerima banyak tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram,
Ikuti perkongsian video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian video oleh Masitah dan mendoakan yang baik-baik buat Masitah sekeluarga. Antara komen-komen menarik adalah :
” Syukur alhamdulillah.. Smg dikurniakan kesihatan yg baik2 selalu.. Dipermudahkan segala urusan dan bahagia bersama suami tersayang dan anak instant yg diberkati ALLAH aamiin2.. “
” Semoga hubungan kekeluargaan semakin erat, semakin complete each other.. semoga kasih syg tu kuat hingga akhir hayat.. “
” Alhamdulillah. Moga Pn semakin sihat & bahagia di samping Ank & suami. Aamiin.. Ya Allah kau hadirkn zuriat utk Pn Masitah.. “
” Alhamdulillah. Happy family.. Muka anak sama cam abahnya..Alhamdulillah.. Moga Allah mudahkn semua urusan kalian sekeluarga, amin.. “
” Moga Allah mudahkn semua urusan, sebak tengok video ni.. Semoga kebahagiaan Puan sekeluarga berkekalan hingga ke akhir hayat.. “
” Alahu akk tk blh tgk video mashy lama2..tiap2 kali akk tgk akk akn nangis sampai skrg.. Sbb akk terharu dgn kebaikan suaminya menyantuni seorang isteri.. “
” MashaAllah.. Semoga dibulan mulia ni tercipta satu keajaiban dimana Mashy akan kembali dapat melihat ciptaanNya. Jom sama-sama kita mendoakan Mashy.. “
Jelas terlihat betapa bahagianya Masitah dapat mengisi masa bersama Ammar. Paling tersentuh mendengar Masitah meminta Ammar memanggilnya dengan panggilan mommy, manakala suaminya pula dengan panggilan baba. Apa-apa pun, sama-sama kita doakan semoga satu hari nanti penglihatan Masitah kembali sembuh dan kesihatannya beransur pulih sediakala.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mashyta_oneandonly
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salah tu memang salah lah, tapi nak buat macam mana kan. Orang dah.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang last tu penam por satu kali hilang la kut gagapnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baru umur 13, dah nampak macam 20.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Buat anak-anak saya 6 orang, biar pun papa mencari lagi 4 orang takde.. ” – Datuk Red
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you for giving me the family I have always prayed for.. ” – Suami Nelydia Senrose
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lunak lenggoknya, memang kena dengan jiwa ghazal. Melekat terus sampai ke telinga.. ” – Komen Netizen


