Artis / Selebriti
” Masalahnya sekarang yang kononnya diminat tu pula over bergambar, haha.. ” – Netizen
Kongsi Gambar Terbaru Bersama Suami, Kapsyen Elly Mazlein Buat Ramai Terhibur. Amboi Peminat Kepom Pun Elok, Patut Kepom Suka, Haha !!
Sebut sahaja nama selebriti Elly Mazlein pasti ramai yang mengenalinya. Memulakan kerjaya sebagai seorang penyanyi, kini Elly turut bergelar seorang pelakon, penyampai radio dan pengacara terkenal. Selain itu, sikap Elly yang suka membuat kelakar sering kali mengundang tawa ramai.
Terbaru, meninjau ke akaun Instagram Elly, telah dikongsikan beberapa gambar bersama suami tersayang iaitu Mohamad Azlan atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Azlan. Menerusi gambar-gambar itu, kelihatan pasangan ini ada di sebuah restoran.
Namun apa yang mencuit hati adalah kapsyen yang ditulis oleh Elly. Elly berkongsi cerita yang ketika dia sedang makan, ada seorang peminat datang menegurnya. Tulis Elly lagi, hari ini adalah hari jadi peminat tersebut dan membuat permintaan untuk bergambar bersama Elly.

Seloroh Elly, peminat itu duduk rapat ketika gambar diambil. Perkongsian Elly sekali lagi menarik perhatian warganet. Rupanya apa yang ditulis Elly hanyalah menyakat suaminya. Sehingga kini, gambar Elly bersama Cikgu Azlan menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terhibur dengan cerita yang dikongsikan oleh Elly. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Masalahnya sekarang yang kononnya diminat tu pula over bergambar, hahaha.. Siap peluk peminat lagi tu, hahahaha.. “
” Sape peminat sebenarnya ni.. Hahaha Kak Lina kalau tak buat kelakar memang tak boleh duduk kan, comel je menyakat suami.. “
” Nmpk mcm kak Kepom dh tergoda dgn peminat ni. Lentok semacam je tengok tu, hahahaha.. Btw comel tengok Kepom dan suami.. “
” Hensem betul peminatnya pun, patut lah cair si Kak Lina ni, hahaha.. Happy birthday Papa Awan Nano.. “
” Wowwwww herlokkkkk lah peminat, hahahaha.. Untung lah dapat peminat herlokkk – Mak Leha berkata-kata, hahaha.. “
” Skrg ni sy tengok kat gmbar ni kak kepom yg over kepit2 peminat ni.. Peminat tu relax je apa cer kak kepom, hahaha.. “
” Bkn biashe2 peminat kak kepom eh.. Kenapa jalan cerita tak sama dengam gambar.. Gambar edit ke ni, hahahaa.. Amobi biase betul kak kepom yer.. “
Amboi bukan main lagi cerita Kak Lina yer, patut lah ramai yang terhibur. Macam tu je dia kenakan suami dia. Apa-apa pun selamat hari lahir buat Cikgu Azlan, semoga terus bahagia bersama Kak Lina dan anak-anak serta segala urusan sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamellymazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti1 day ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kakak Sarah dah besar macam ibu. Hampir tak kenal.. ” – Komen Netizen


