Artis / Selebriti
” Malam tadi Mama macam bawa Yusoff ya korang tengok konsert.. ” – Datin Shahida
Datin Shahida kongsi video gelagat Dato’ Aliff Syukri semasa menonton Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza buat ramai terhibur. Bila ‘penyanyi nombor syatu’ pergi konsert penyanyi nombor satu sebenar, ini jadinya. Part muka kena tayang dekat skrin, lagi semangat Dato’ Aliff berjoget, hehe..
Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza: Passion, Sincere and Love menyaksikan kehadiran seramai 65,000 penonton yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. Kejayaan tersebut sekali gus membuktikan pengaruh luar biasa Biduanita Negara itu masih utuh meskipun sudah tiga dekad bergelar anak seni.
Meninjau di akaun Instagram milik isteri usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri iaitu Datin Shahida, turut dikongsikan video kehadirannya ke konsert Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Namun apa yang mencuit hati, Datin Shahida berseloroh di ruangan kapsyen mengatakan membawa suaminya ke konsert itu ibarat membawa anak mereka, Yusoff Al Qardawi.
Hal ini kerana menurut Datin Shahida, sepanjang konsert berlangsung Dato’ Aliff dilihat tidak duduk diam. Namun begitu, detik paling istimewa apabila Datuk Seri Siti Nurhaliza sendiri memaklumkan kepada para penonton mengenai kehadiran Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Shahida pada malam konsert tersebut, sekali gus moment itu mencuri perhatian ramai.

Gelagat spontan Dato’ Aliff ketika wajahnya dipaparkan di skrin besar menghiburkan ramai dan menambahkan lagi warna dan keceriaan suasana konsert yang sememangnya sarat dengan emosi serta kegembiraan. Selain itu, Datin Shahida turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada sahabatnya, Anas Zahrin kerana membelanjakan tiket Super VIP Konsert DS Siti.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Datin Shahida ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Biasalah datin , penyanyi no.1 kena support penyanyi no.2, baru lah orang cakap humble.. Hahaha kelakar baca luahan Datin ni.. “
” Masalahnya bila kamera tunjuk muka dato kitorg sorak mcm mmg betul dato penyanyi no1.. Penyanyi nombor 1 support datang penyanyi nombor syatu.. “
” Dato Sri & Datin Sri enjoy tengok konsert Biduanita Dato Sri Siti Nurhaliza.. Semangat betul tengok Dato tu, haha.. “
” Mega yerrrr penyanyi No 1 Malaysia. Bila camera fokus muka Dato’ Aliff, ayooo mega tak boleh tahan hahaha mmg auto.. “
” Adoi comelny tok. Tp bgus datin ni blh handle, mmng sepadan tul.. Dato’Aliff memang no Syatuuuuuu… Tok Ti pon dah redhaaaa, haha.. “
” Kami dekat atas jerit kuat2 bila Tokti annouce ada Datok Alif syukri . Hahaha tunggu konsert dato pulak…. Crowd smlm pantang Dato muncul dgn screen.. “
” Datin ada bawak tali tak.. Standby datin kut artis no 1 terlepas naik ke atas pentas , kena tambat dia siap2, hahahahaha.. “
Kehadiran selebriti dan tokoh terkenal termasuk Dato’ Aliff serta Datin Shahida bukan sahaja memeriahkan konsert tersebut, malah mencerminkan betapa besarnya pengaruh DS Siti merentas generasi. Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza ini bukan sekadar sebuah persembahan, sebaliknya menjadi simbol legasi seni seorang biduanita yang terus disanjung dan diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti2 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cinta yang sederhana tu bila saling ingat.. ” – Nur Fazura

