Artis / Selebriti
” Luar look setinggan, dalam kondo wei.. ” – Netizen
Ridzokumura Kongsi Video Keadaan Rumah Di Kampung Raih Perhatian Ramai. Wah, Cantik Betul Hiasan Dalaman Rumah. Bersih Dan Kemas !!
Meninjau ke akaun Instagram Ridzokumura, perkongsian sebuah video yang memaparkan rumah di kampung Ridzokumura telah meraih perhatian ramai. Ini merupakan kali pertama Ridzokumura menunjukkan keadaan rumah di kampungnya.
Terletak di Kampung Baru Layang-Layang Kanan, Parit, Perak, keadaan rumah tersebut nampak sangat kemas dan cantik. Di awal video Ridzokumura memaparkan keadaan di luar rumah termasuk sebuah tandas yang berada di luar yang tidak digunakan lagi.
Ridzokumura memasuki rumah tersebut melalui pintu belakang dan terus dipaparkan keadaan di ruang dapur. Sangat kemas ruang dapur tersebut. Apa yang mencuri perhatian apabila isteri Ridzokumura iaitu Akiko nampaknya mudah menyesuaikan diri di kampung.

Kemudian Ridzokumura menunjukkan keadaan ruang tamu yang sangat luas. Ruang tamu dilengkapi dengan penghawa dingin dan siling plaster. Perkongsian video ini telah menerima lebih 4 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Kampung paling best di Malaysia adalah di Perak boleh tak nak claim mcm tu hahahahhaha. Geng Bota hadir .. Luar look setinggan dlm kondo wei.. “
” Public figure terpaling genuine tak semua nak share. suasana kampung enak, dulu abang kecil tinggal sini juga?.. Kampung saya di layang2 kanan dan Kg. Senin.. “
” Ya allah bahgia nye ada kampung mcm ni . seronok tgk.. sape duduk kat rumah ni ridzokumura ?? Okey je cantik lagi.. “
” Motor dalam rumah is legend terbaik ridzokumura n family beraya di kampung.. Steadyyyy…. Sempoi abg ni…. X de nak acah2.. “
” Masing-masing beraya di rumah sendiri..takde dah berkumpuii..sedih pulak rasa di hati..untung bang ridzokumura masih ada kampung ghoper ini..selamat hari raya bang.. “
” Seghonok weii balik kampung! Tido ghamei-ghamei bentang tilam di hall.. sogheh begugho makan sama-sama..tapi teman udah tak merasa semua tu selepas opah & tok meninggei.. “
” Haa sudah jangan dihempuk sky tu bang,jap lagi ada yg komen.. Bagusnya wife dia…x kesah dtg kg,duk umh kg…kg teman lambor kiri parit Chor.. “
Bagus sangat sikap Ridzokumura yang tidak kisah memaparkan keadaan rumahnya di kampung. Walaupun kini sudah berjaya, Ridzokumura tidak lupa akan asal usulnya. Semoga Ridzokumura sentiasa bahagia bersama isteri dan anak tercinta.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ridzokumura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti4 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen



