Artis / Selebriti
” Lenggok Amir tak boleh tahan, tangkap cintan betul. Rasa nak berjoget weh.. ” – Netizen

Video Adik Amir The Chosen One Dan Kawannya, Akim Menyanyi Lagu Lemak Manis Buat Ramai Terpesona. Selalu Amir Menyanyi Lagu Sedih, Sekali Dia Menyanyi Lagu Macam Ni, Lagi Berlenggok-Lenggok Suaranya. Siap Berjoget Lagi Amir, Memang Suara Berlemak Sungguh !!
Sejak rancangan realiti pencarian bakat The Chosen One berlangsung, nama adik Amir menjadi sebutan ramai. Dari rimba ke kota raya membawa impian, Amir adalah peserta kesukaan ramai penonton. Malah ada yang menonton program ini hanya untuk melihat persembahan Amir.
Meninjau akaun Tiktok Acik Anie, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amir menyanyi bersama rakannya bernama Akim. Ramai yang menyangka Amir dan Akim adalah adik beradik, namun sebenarnya mereka adalah rakan satu sekolah.
Berduet menyanyikan lagu irama Malaysia berjudul Lemak Manis, suara Amir yang mendayu-dayu dan ada lenggok merdu itu membuatkan warganet terpesona. Selalunya di pentas The Chosen One, lagu yang sedih dinyanyikan oleh Amir tetapi kali ini lagu irama Malaysia pula yang dinyanyikan oleh Amir.
Tidak puas warganet mendengar kelunakan suara Amir. Sesuai sungguh dengan lagu lemak manis suara Amir dan Akim. Bak komen warganet, asal Amir buka mulut sahaja pasti lagunya menjadi sedap didengar. Sememangnya Amir mempunyai auranya yang tersendiri.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu sebentar sekiranya video di bawah lambat keluar ) :
@anirahli Memang ber’Lemak Manis lenggok suara Amir. Duet dia Akim, 8 thn ni pun comel sangat & sedap suaranya. #amirsisi #amirthechosenone #permatadaririmba #livedairidaripendalaman #ceritaacikanie #foryoumalaysia #fyp
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Wow bukak mulut je sedap suara.. Amir punya tone getaran suara memang bagus.. terpesona sekejap kita dengar amir nyanyi lagu irama malaysia.. ”
” Macam gitu je lgook dia… adoilah adik.. akak praktis punyalah lama walau nk nanyi kat umah.. ”
” Wow hebatnya, rilex je nyanyi sambil garu kepala. Semp0i betul kau dik. nyanyi main-main pun dah sedap.. ”
” Memang jenis x perlu buka mulut luas pun nyanyi tp suara Maa Syaa Allah.. anugerah Allah bg kt adik Amir.. ”
” Sambil garu kepala pun onzz, kelas Amir.. Suara Amir lemak manis jugak. Sedap Amir bawak lagu ni.. ”
” Bunga-bunga liriknya, pandai Amir bawa. Ala amb0i-amb0i comel lah.. nyanyi spontan pun best.. ”
” Selalu Amir buat orang menangis bila dengar dia nyanyi. Kali ni rasa nak berjoget weh dengan lenggok suara Amir tu.. ”
” Lenggok Amir tak boleh tahan, tangkap cintan betul. Balada boleh, nasyid boleh, irama malaysia pun dia bol0t semua la.. alahai amir, jat0h hati dengan suara dia.. ”
Dengan bakat dan suara yang dianugerahkan Allah pada Amir ni, tidak mustahil jika terus digilap bakatnya, Amir boleh menjadi penyanyi versatile pada masa akan datang. Bagi lah genre apa pun pada anak bertuah ini, semua Amir dapat nyanyikan dengan baik.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok AcikAnie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral2 days ago
” Ya Allah, arwah macam dah dapat rasa dia nak pergi buat selamanya.. ” – Komen Netizen
-
Viral1 day ago
” Jika bas bergerak kelajuan biasa pun dia takut, apatah lagi jika bas itu bergerak laju.. ” – Kakak Nurly
-
Viral3 days ago
” Tengok keadaan pakaian, macam mana lah sakit yang arwah tanggung. Sumpah tak terbayang.. ” – Komen Netizen
-
Viral2 days ago
” AllahuAkbar dengan kawan lelaki pun soft spoken, bagusnya arwah. Nangis baca surat tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral23 hours ago
” Takdir tak mengizinkan kita jumpa depan-depan, tapi saya tahu awak dengar apa yang saya cerita.. ” – Gadis S
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Ini lah bidadari syurga yang Allah janjikan ahli syurga. Istimewanya Nurly di sisi Allah.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Macam tahu-tahu dia memang nak pergi dan tak kan kembali lagi. Tak terucap dengan kata-kata, sedih sangat.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Menangis weh dengar, siapa yang tak rasa sedih rakan baik pergi secara tiba-tiba.. ” – Komen Netizen