” Lama betul tak dengar khabar Syaz, selamat pengantin baru Syaz.. ” – Netizen

Video Majlis Perkahwinan Penyanyi Syazliana Tan Sri Abdul Karim Cur1 Perhatian Peminat. Cantik Berniqab, Bagai Pinang Dibel4h Dua. Tahniah Syaz !!

Penyanyi cantik bernama Syazliana Tan Sri Abdul Karim pernah mewarnai dunia seni hiburan tanah air sekitar tahun 2000 dahulu. Sekalipun popularitinya tidak sehangat rakan seperjuangan yang lain seperti Siti Nordiana dan Syura, namun suara Syazliana yang lunak merdu ini masih kekal diingatan para peminatnya.

Dengan membawa irama berentak etnik, Syazliana sempat keluar dengan 4 buah album sebelum menyep1 dari dunia seni. Meninjau akaun Instagram Majalah Nona, telah dikongsikan video sekitar majlis perkahwinan Syazliana bersama pasangannya, Ezzat Zariff.

Berlangsung pada tanggal 22 Mei baru-baru ini, ini merupakan perkahwinan kedua buat Syazliana. Hanya dengan sekali lafaz, Syazliana selamat bergelar isteri. Tidak lagi aktif dalam bidang seni, Syazliana kini juga sudah merubah penampilannya dengan berniqab.

Dipaparkan dalam video ini ketika majlis akad nikah sedang berlangsung. Juga ketika kedua mempelai berjalan masuk ke dewan menuju ke pelamin mereka untuk upacara bersanding. Bagai pinang dibel4h dua, cantik dan sepadan Syazliana dan Ezzat.

Jom tonton video di bawah :

Sudah lama tidak mendengar khabar Syazliana, perkongsian ini mendapat perhatian daripada peminat. Antara komen-komen mereka :

” Tahniah kepada kedua mempelai semoga sihat selalu dan bahagia hingga ke Jannah. Aamiin ya Rabbal Alamin . Teringat t4hi lalat je, manis di situ. Zaman Nana batch depa.. “

” Baru semalam weeding my anak cousin, so cute Syazliana. Wedding yang gah alhamdulillah.. “

” Pernah menjadi penari pengiring juara lagu di pentas juara lagu… anak tan sri tapi lemah lembut orgnya … selamat pengantin baru semoga kekal hingga ke jannah Amin.. “

” Wahh..memng dia nmpk lembut ayu je kan. kenal sgt dia nie. zaman syura ngn nana naik dulu lagu dia sedap jugak didgr.. mmg ank tan sri.. tahu tuu.. suara dia pun best.. “

” Dulu selalu tengok dalam majalagh mangga, tahi lalat. Cantik baju dia, selamat pengantin baru kekal hingga ke jannah Syazliana.. “

” Tahniah nana… semuga kekali hingga ke akhir hayat. Tengok tahi lalat dia baru ingat siapa.. Lama betul tak dengar khabar Syaz, selamat pengantin baru Syaz.. “

” Alhamdulillah tahniah Syaz dan suami, best lagu dia Bahaduri, tapi tu jela yang ingat lagi.. Sepadan cantik dan manis bersama.. “

Alhamdulillah selesai sudah majlis dan bermulalah ik4tan baru antara Syazliana dan Ezzat. Tahniah daripada kami di Berita Kopak dan semoga perkahwinan ini sentiasa dirahmati oleh Allah dan kekal berpanjangan sehingga ke Jannah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Majalah Nona

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..