Artis / Selebriti
” Lala, jangan lawan hukum. Kita perempuan, tak kan bagitau merajuk atas salah apa, haha.. ” – Komen Netizen

Video gelagat comel anak Syamel, Nur Khawla Solehah sedang merajuk dengan Syamel buat ramai terhibur. Nasib last-last tu Lala makan pujuk juga. Kalau tak, habis lah daddy, hehe..
Meninjau di akaun TikTok milik penyanyi Syamel, telah dikongsikan video yang memaparkan anak Syamel, Nur Khawla Soleha sedang merajuk. Menerusi video itu, Syamel sendiri merakam gelagat Khawla sedang merajuk dengannya dan difahamkan punca Khawla merajuk kerana Syamel tidak menyahut ketika Khawla memanggilnya.
Difahamkan kejadian tersebut terjadi ketika Syamel sedang terleka melihat telefon dan tidak sedar Khawla memanggilnya. Syamel memujuk Khawla dengan berkata yang dirinya sedang melihat aplikasi Waze untuk jalan ke Bazar Ramadan. Namun, apa yang mencuit hati adalah Khawla memberitahu sebab dia merajuk.
Pada akhirnya, Syamel mengaku kesalahannya itu dan lantas meminta maaf kepada Khawla, kedua-dua beranak ini kembali berbaik semula. Perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet. Ada yang mengatakan Khawla sudah melawan ‘hukum’ seorang perempuan kerana memberitahu sebab merajuk sedangkan wanita selalunya tidak akan memberikan sebab jika mereka sedang merajuk.
Selain terhibur, ada juga memuji sikap Syamel yang bijak memujuk anaknya ketika merajuk. Komen warganet, sikap yang ditonjolkan oleh Syamel itu dengan meminta maaf atas kesalahannya membuatkan anak tidak akan menyimpan perasan pendam.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@syamel_official Dah terang lagi bersuluh daddy salah. Minta maaf je lah kan hmm
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan terhibur melihat gelagat Khawla sedang merajuk. Antara komen-komen menarik adalah :
” Lala, jangan lawan hukum Lala. Kita perempuan tak kan bagitau merajuk atas salah apa, haha.. Kelakar betul lah budak comel ni kalau merajuk.. “
” Point dia sbnrnya dia nak gula2 itu je.. Da alang2 daddy ade salah. Jadi gunakan kesalahan Ddy tu untuk dapatkan gula gula.. “
” Lala dengar sini. kalau merajuk jangan cakap, jgn bgtahu punca. diaammm je. pastu kalau merajuk start petang, kena bawak ke malam. jgn nak straight foward sgt. lagi lama lagi best. ingat pesan kakak.. “
” Good parenting style , so that nanti anak membesar tak kuat pendam.. Takde avoidance attachment, penuh kasih sayang.. “
”Β Daddy kan cinta lala sangatβ βsebab Daddy cinnnnnnta LalaβΒ Ya Allahhh β¦. Gini ek rasa kasih sayang dari ayah.. Suka betul dengar cara Syamel pujuk.. “
” Lala, perempuan merajuk selalu tak bagitau sebab. Nanti lala merajuk jgn bagitau sebab, biar daddy fikir salah dia apa, hahaha.. “
” βLala sedihlah kalau macamniβ alahai anak pandai nya awak dalam berbahasa, bijak sangat awak ni lala masyaallah tabarakallah.. “
Alahai merajuk sebab daddy tidak menyahut panggilan Khawla rupa-rupanya. Lagi bertambah merajuk apabila Khawla sebenarnya nak coklat, comel sangat gelagat Khawla ini. Apa-apa pun, semoga Khawla terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik buat kedua ibu bapanya.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok syamel_official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku ikut menangis bila Abby kata lama sangat dah simpan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” 1st time dengar Abang Haji bersuara. Terkejut tengok dia cakap banyak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Naya weh mak dia popular, habis result SPM 1 Malaysia pun tahu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sedihnya berlinang air mata baca pesanan ibu Akiko. Sayangnya dia pada abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Dah lah cantik, muka unik nampak ala ala Jepun. Perwatakan sopan dan happy go lucky.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Mira, dia tak try hard nak rapat dengan Fatima. Dia biar Fatima selesakan diri dia dengan Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bilal mengaji macam orang dewasa. Sebutannya jelas, siap berlagu lagi. Abbas pun ikut mengaji sama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ni bukan setakat riak, siap menunjuk, ujub, takbur, riak. Semua ditapaunya, haha.. ” – Komen Netizen