Connect with us

Artis / Selebriti

” Ku pohon doakan anak ni sentiasa kuat dan diberi keajaiban buat dia.. ” – Didie Alias

Video Didie Alias menangis ketika menonton persembahan anak Amyza Aznan, Adrian Adam di TTMM2 buat ramai tersentuh. Sebaknya tengok Didie menangis sampai macam tu..

Pelakon dan pengacara terkenal Didie Alias meluahkan rasa sebak selepas menonton persembahan istimewa Adrian Adam dalam program Talk To My Manager Musim Kedua di kaca TV di rumahnya. Video reaksi Didie ada dikongsikan di akaun Instagram miliknya. Umum mengetahui yang Didie sememangnya rapat dengan Amyza dan keluarganya.

Menerusi perkongsian ini, Didie mengakui tidak dapat menahan emosi melihat ketabahan anak kepada Amyza Aznan itu yang tetap kuat menyanyi walaupun sedang berdepan dengan ujian kesihatan. Dalam masa sama, Didie turut memohon orang ramai agar terus mendoakan Adrian atau lebih mesra disapa Ean supaya sentiasa diberikan kekuatan dan keajaiban dalam melawan penyakit yang dihidapinya.

Sebelum ini, penampilan khas Adrian di pentas TTMM2 mengundang sebak ramai apabila Ean tampil menyampaikan lagu Datuk Sheila Majid, Ku Mohon sambil duduk diatas kerusi roda. Walaupun sedang melawan kanser tulang, suara lunak dan semangat ditunjukkan Adrian menyentuh hati yang menonton.

Malah ramai selebriti serta netizen turut menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Ean serta keluarga Amyza yang dilihat tabah menghadapi ujian berat itu, lebih-lebih lagi setelah pemergian Andre Mikhail baru-baru ini. Episod malam tadi sememangnya sangat menyentuh emosi.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian Didie Alias itu turut menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang sama-sama tersentuh dengan perjuangan Adrian dan berharap agar diberikan kesembuhan sepenuhnya. Antara komen-komen yang diberikan adalah :

” MashaAllaah, kuat sungguh Ian. Kami kat rumah pun tak dpt tahan Semoga Ian terus kuat dan dikurniakan kesembuhan sepenuhnya. Aamiin .. “

” Moga Allah swt angkat segala kesakitam nya dan menyembuhkan nya…Aamiin yra Suara dia sedap sangat, baik tutur katanya.. “

” Lagu ni pun buat orag2 sedih allahhuakhbar. saye doakan anak amyza sembuh dari kanser dan kembali sihat.. Sedih la akak.. “

” I wonder mcm mana bunyi lagu ni kalau dia duet dengan original singer dia. Full of souls! Sedap suara nya. Mcm Dato Ac ckp bkn mudah nak menyanyi sambil duduk… “

” Livd td nangis dr tgk dia mincul sampai iklan.. Ni nagis lagi. Ya Allah … Kau matikan lah segala sel kanser dlm tubuh badan adrianadam_kaaia . Aamin Allahumma Amin.. “

” Kalo ian masuk..dia antara peberet..suara dia best.. Tersentuh hati keibuan saya tngok Ian nyanyi tadi. Macam apa saya menangis .. “

” Saya doa utk kak DD. Allah beri kesihatan yg baik, hati yg sntiasa tenang & bahagia, kluarga & org keliling yg sntiasa sayang kan u. u have a heart of gold.  u always take good care of ppl around u.. “

Semoga Adrian Adam atau Ean terus diberikan kekuatan, ketabahan dan kesembuhan yang terbaik dalam menghadapi setiap ujian yang dilalui. Semoga segala urusan dipermudahkan, diberikan kesihatan yang lebih baik serta sentiasa berada dalam lindungan dan kasih sayang Allah SWT. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Didie Alias

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Cosmoderm

Trending

Copyright © Berita Kopak