Artis / Selebriti
” Kita yang tengok dari awal buka pintu sampai habis pun teruja. Cantik sangat rumah Nubhan.. ” – Komen Netizen
![](https://beritakopak.cc/wp-content/uploads/2024/08/rumahbarunubhan-FI.jpg)
Video Nubhan Ahamad, Isteri Dan Anak-Anak Terkejut Melihat Rumah Baru Mereka Setelah Mendapat Sentuhan Interior Designer. Wow Memang Cantik Sangat. Setiap Bilik Ada Dekorasi Yang Berbeza. Port Untuk Healing Pun Ada. Ramai Yang Teruja Tengok !!
Meninjau di akaun Instagram milik penyanyi dan juga usahawan, Nubhan Ahamad telah dikongsikan video baru yang memaparkan Nubhan membuat kejutan kepada isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek dan anak-anak untuk melihat rumah baru mereka yang baru sahaja selesai diubahsuai dan mendapat sentuhan Interior Designer.
Pada awal video, kelihatan Nubhan sekeluarga berada di hadapan rumah. Selepas itu, mereka bersama-sama masuk membuka pintu untuk melihat setiap ruang di dalam rumah. Ketika pintu dibuka, bukan sahaja Dr Afifah memberikan reaksi wajah terkejut, malah Nubhan dan anak-anak juga.
Kata Dr Afifah, dia begitu kagum dan memuji design dekorasi yang dibuat sama seperti gambar yang dikongsikan oleh Nubhan sebelum ini. Rumah dua tingkat milik pasangan tersebut memaparkan ruangan bawah mempunyai ruang tamu, ruang makan, dapur dan di luar rumah pula mempunyai satu halaman untuk bersantai dengan adanya kolam renang dan ruang untuk berehat menikmati permandangan.
Bahkan bukan itu sahaja, setiap bilik tidur pada tingkat atas pula memiliki dekorasi yang berbeza. Paling menarik, bilik ibu Nubhan, Mak Jenny juga ada. Perkongsian video terbaru oleh Nubhan ini telah menarik perhatian warganet hingga menerima ratusan komen serta puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen rata-ratanya menyukai perkongsian video rumah baru Nubhan dan pelbagai respon diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kita yang tengok dari awal buka pintu sampai habis pun teruja. Cantik sangat rumah Nubhan.. Mashaallah.. Ni baru betul.. Happy wife happy life.. Tahniah Nubhan.. “
” Alahai kt plak yg senyum bahagia gini..terbaik sgt rmh baru nubhan..bhgia sgt isteri tersenyum.. Dgn kt2 skali snyum happy.. “
” Cantiknyaaaaa rumah.. Semau ruang nampak mewah sangat walaupun simple.. Happy betul tengok wife dan anak2 tengok rumah baru.. Murah rezeki Nubhan bahagia keluarga.. “
” Happynya tengok. Untung Fie dapat suami Nubhan yg sgt bertanggungjawab dan menyayangi isteri. Betul2 pandai menghargai isteri. Baguslah rezeki melimpah ruah Allah bg. Doakan akk juga ye.. “
” Alhamdulillah rezeki.. Bagus Nubhan ni.. Dia bahgiakn mak, isteri dan ank2.. Murah rezeki dia.. Semoga sentiasa bhgia dimurahkan rezeki dan diberkati Allah.. “
” Tumpang sebak dan gembira.. Saya yg rasa terharu rasa worth it sgt after everything . Syukur Alhamdulillah tahniah Doc Fie dan Nubhan.. “
” Subahanallah.. Cantik nya rumah. Besar. Rezeki Nubhan mengembirakan isteri, mak dan anak anak semoga rezeki nubhan melimpat ganda.. “
Cantik sangat rumah Nubhan. Kolam renang semestinya membuatkan anak-anak teruja, lebih-lebih lagi ada lampu boleh bertukar warna. Betul lah apa yang dikatakan oleh warganet, murah rezeki Nubhan kerana Nubhan sentiasa membahagiakan keluarga dan ibunya. Apa-apa pun tahniah Nubhan kerana sudah memiliki rumah impian.
Silakan SHARE..
Sumber : IG nubhan.ahamad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ni menari sopan namanya bukan kayu. Cute macam Kpop dulu-dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amira kena bahan dengan adik macam tu je. Gurau pun lembut je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alaa sedih laa. Dulu Uncle Ajai bagi peluang kat ibu, sekarang Talita pula diajarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amad tarik masa chorus ‘semarakkanlah warna asmara’ boleh lawan Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adik Kak Long nyanyi lagu Abang Long. Ehem ehem.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Rehearsal pun dah power. Lagu brazilian jazz ni, bukan semua orang boleh bawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kemain menari sekali dengan mimik muka dan mata ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Haa jangan lah macam tu, ni semua Amira Othman punya pasal.. ” – Elly Mazlein