Artis / Selebriti
” Kenapa korang rasa tak puas hati, dah macam Nabila tu anak dorang.. ” – Kak KM
Video Kak KM memberi penjelasan berhubung isu anaknya, Nabila Razman yang didakwa tidak layak untuk menjadi kru kabin di sebuah syarikat penerbangan di Singapura raih perhatian ramai. Eh banyaknya penalti tu, ini respon Kak KM..
Usahawan dan personaliti media sosial, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli mengesahkan bahawa anaknya, Nabila Razman yang ditawarkan kerjaya sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan antarabangsa terpaksa berhenti atas sebab peribadi.
Walaupun pelbagai spekulasi yang diberikan oleh warganet, namun akibat keputusan itu, Kak KM sanggup menanggung penalti minimum RM50,000 kerana pelanggaran kontrak. Ini yang dijelaskan oleh Kak KM dalam video temubual yang dimuatnaik di Instagram Oh Bulan.
Kak KM menolak dakwaan netizen bahawa anaknya gagal ketika saringan latihan. Nabila telah melalui semua peringkat saringan ketat dan berhenti kerana memilih untuk tidak meneruskan kerjaya tersebut. Dakwaan seperti gagal ujian adalah tidak berasas, tegasnya.

Menurut Kak KM, anaknya bukanlah seperti dirinya yang merupakan seorang wanita yang kental. Kak KM lebih rela melihat anaknya gembira di sisi keluarga daripada mengejar kerjaya yang mungkin membawa tekanan dan kesedihan.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Elok balik banyak lagi tempat boleh jadi flight attendant yg tak served pork.. Pnh tgok podcast BDG sg airlines kalau senior taruk kaw2 jugak owhh.. “
” Tak citer salah diciter pun salah,truskan kehidupan yg ada. next time berasia2 shja kerja mana dah betul dpt baru heboh2kn ni tk comfirm lgi dah buat content.. “
” Die tak thu SR CREW kalo taro org mmg kaw2 sbb tu tg x kuat dri segi mental gan fizikal batter tarik diri awl2.. logik,klu kena buang x kan dia kena byr penalty.. “
” Macam nurse kalau nak keluar pun kena saman 50k bagi aku betul je dia ckp… cuma kalau resign tu je mcm scam.. Best duduk ngan mak ayah ni.. “
” Kak km mmg syg kan anak sulong dia.. so bakal menantu dia ko bukan sebarang2 yer.. Kak km mmg syg kan anak sulong dia.. so bakal menantu dia ko bukan sebarang2 yer.. “
” I’ve gone through the same process, u signed je contract bond dah sealed, sy pun almost nak withdraw cuma tak de duit time tu nak resign sebab tu teruskan je.. “
” But seriously mental breakdown sebab terlalu home sick , rindu family macam2 feeling tu. Apa yg Kak KM kata ni memang betul.. “
Sebagai seorang ibu, Kak KM menegaskan yang wang boleh dicari, tetapi kebajikan dan ketenangan anak adalah keutamaan buat dirinya. Tindakan Kak KM yang menyokong keputusan anaknya walaupun terpaksa membayar penalti tinggi menunjukkan kasih sayang seorang ibu yang sanggup lakukan apa sahaja demi kesejahteraan anak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ohbulan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga6 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pergh dah dapat tone suara mak dia. Pejam mata weh, meremang. Aura Sarah kuat.. ” – Komen Netizen

