Artis / Selebriti
” Kemain lagi, seorang tukang muzik, seorang tukang nyanyi. Ngam betul.. ” – Netizen
Video Gelagat Amir Sisi Dan Putera Muhammad Ketika Di Penggambaran Siri Baru Rioh Rimba Cur1 Perhatian Warganet. Alahai Adik Dan Abang Ni Bila Bertemu Dan Bergabung Perangai Riuh Jadinya. Sehati Sejiwa Sungguh !!
Program The Chosen One menemukan Amir Sisi dan Putera Muhammad dan ukhuwah yang terjalin antara coach dan anak murid ini berterusan sampai ke hari ini. Jika sebelum ini, Putera Muhammad pernah hadir ke kampung Amir dan membuat persembahan bersama-sama Amir untuk tontonan orang kampung.
Kali ini Putera Muhammad kembali lagi menjejakkan kaki ke sana dan ini untuk penggambaran siri baru berjudul Rioh Rimba bagi siaran Astro Ceria. Tidak hanya Putera Muhammad, siri ini turut menampilkan Hawa Rizwana, Ikhmal dan Atu Zero.
Meninjau akaun Tiktok Termoj Production, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Amir dan Putera Muhammad ketika pengarah memberikan mereka rehat sewaktu penggambaran sedang dijalankan. Amir dan Putera Muhammad menjadi penghibur untuk semua di set.

Dapat dilihat Amir mengetuk-ngetuk meja sebagai alat muzik, manakala Putera yang sedang duduk di atas tangga pula menyanyikan lagu M. Nasir mengikut rentak Amir. Telatah Amir dan Putera ini menyenangkan hati warganet dan mereka berdua ini diibaratkan seperti irama dan lagu, sehati sejiwa betul.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@termoj.production6 Ada aja perangai dua beradik ni bila berjumpa,cikgu ke director ke diaorang buat hal diaorang ja..#fypシ #termojproduction #diaridaripedalaman #berandafypシ #amirsisi @amirunukofficial @puteramuhammad_
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Amboi amboi.. Adik Amir dan Putera Muhammad.. bukan main lgi ye 2 beradik ni. happy sangat diorang.. ”
” Wah.. amir jadi background muzik untuk putera Muhammad.. pandainya amir.. meiramakn bunyi2an ketuk meja pon bolehhh.. ”
” Abang putera menyemarakkan bunyi tu.. irama Dan lagu tak boleh dipisahkn.. seperti amir daN putera.. ”
” Tak sabar nak tunggu cite ni di astro ceria, sebab ada 2 beradik ni.. ceria je bila dapat sama-sama semula macam dulu.. all the best unuk.. ”
” Suka tengok 2 beradik ni.. Mmg jiwa seni unuk ni.. amboii… cerianya.. Bagus Abang Dan Adik ni , sorang main ketuk meja sorang menyanyi. Pandai Amir suka tengok.. ”
” Ketuk-ketuk pun jadi muzik yang sedap didengar.. Kemain lg korang berdua ye.. sorang tukang muzik, sorang tukang nyanyi.. ngam betul.. ”
” Amboi Adik Amir Happy dpt jumpa Abg putera Muhammad.. syok tengok putera ni, sporting betul.. ”

Serasi bersama betul Amir dan Putera Muhammad ni, sudah saling memahami gitu. Ngam pula muzik Amir dengan nyanyian Putera walaupun cuma ketuk-ketuk meja sahaja. Apa-apa pun, ramai yang tak sabar hendak melihat gandingan abang dan adik ni nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Termoj Production, IG Putera Muhammad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Habis lah seminggu Papa sindir gitu ler Kak Lina. Papa balas halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen



