Artis / Selebriti
” Kej4m sangat prank nya kak. Aku pun terkena sekali, haha.. ” – Netizen
Video Achey Bocey Kena Prank Dengan Isteri Dan Anaknya Buat Warganet Terhibur. Amboi Achey, Bukan Main Lagi Cakap Jangan Membazir Tapi Dia Punya Excited Mencari Tu Tak Boleh Tahan. Berdekah Gelak, Win Punya Prank !!
Meninjau akaun Instagram isteri kepada pelawak terkenal Achey iaitu Anne, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Anne membuat satu kejutan untuk Achey. Ketika itu, Achey turun ke sebuah stesen minyak Petronas dan terlupa membawa wallet.
Anne mengatakan sudah lama dia tidak membuat surprise pada Achey dan bermula lah prank yang menggeletek hati ramai. Anne bersalaman dengan Achey dan memberikan kunci kereta Merc. Kata Anne, ianya sempena hasil penat lelah Achey berkerja.
Dengan muka terkejut, Achey mengatakan jangan membazir, namun dalam masa yang sama teruja melihat logo Merc. Berlari-lari Achey mencari kereta Merc yang ada di sekitar stesen minyak itu. Menyedari dirinya kena t1pu, Achey kembali ke kereta dan ketawa berdekah.

Achey sendiri tergelak dengan diri sendiri. Memang nampak real kunci kereta itu, tetapi rupa-rupanya ianya adalah pemetik api. Berjaya Anne kenakan Achey kali ni, Tiara pun turut ketawa sama. Di ruangan komen, ramai mengatakan berminat hendak membeli pemetik api seperti itu, boleh lah prank suami masing-masing, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 21 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kejam sangat prank nya kak . Sampai berlari cari keretanya . Aduhaiiii kak oiiii berdekah aku gelak kak haha.. ”
” Hahahahah wehh paling berdekah.. dalam kata membazir tu pergi keluar mencari juga haha.. senang kena makan achey ni haha.. ”
” HAHAHAHAHHAHA BERDEKAH.. comel je pergi dekat kereta merc tu hahahahhaha.. yang semangat berlari tu yang takleh tahan .. bazir2 pun yang penting kete harus cariiiiii.. ”
” Bini pn gle lawak weh… Part paling comeyyy tuu ank pon gelak same tuuu.. Comel sgt surprise ni. Comel sgt family ni.. ”
” Ko jangan bazir2. Pastu beriya dia berlari cari ketaaa.. Hahahaha.. Lawak laaaa. Next time maybe betoi2 beli merc kan. Insyaallah kita doakan aaamin.. ”
” Aku pon terkena skali. Sudah tau kunci kereta merz dh tukar dah lma, still ak tertipu haha.. penat gelak tengok achey beriya berlari tu haha.. ”
” Memula aku nak nang1s jugak tau sebab dia buat surprise laki dia gitu , menang1s sebab gembira nengok dia surprisekan laki dia , pastu dah tahu tu lighter auto terus gelak . Tak jadi nang1s HAHHAHAHAH SIOT LAA.. ”
” Mula-mula aku dah sebak.. pastu berdekah weii.. semoga korang till Jannah ye.. Elok plak merc tu park kt situ.. ”
Adui ini memang prank paling sadis untuk Achey. Boleh tahan kelakar juga Anne ni, sampai berlari-lari si Achey mencari kereta. Apa-apa pun, ini hanyalah sekadar gurauan dan hiburan semata-mata. Semoga pembaca juga turut terhibur menonton video tersebut.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Anne Achey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen

