Artis / Selebriti
” Kami dah plan ni, acah-acah tangkap basah.. ” – Dato’ Red

Video Live Dato’ Red Bersama Acap, Sharif Zero Dan Fad Bocey Buat Ramai Terhibur. Amboi Bukan Main Lagi Masing-Masing Punya Plan Nak Satukan Balik Dato’ Red Dan Adira. Dah Macam Kisah Dalam Drama Je. Berdekah Gelak Dengar Idea Masing-Masing, Haha !!
Meninjau ke satu akaun Tiktok, perkongsian sedikit sedutan sesi live Dato’ Red bersama Acap, Sharif Zero dan Fad Bocey telah membuatkan ramai berasa terhibur. Ini kerana mereka mengusik Dato’ Red agar kembali merujuk dengan bekas isterinya, Adira Suhaimi.
Dato’ Red pun sempat lagi melawak dengan menyatakan yang dia sememangnya merancang untuk berkahwin semula dengan cara tangkap basah. Kemudian mula disambung oleh Acap, Fad dan Sharif dengan pelbagai strategi lain. Adoi, macam-macam ek.
Ketika sesi live tersebut sempat lagi Adira menjengah ketika mereka sedang berbual. Adira pun sporting sahaja dengan menjamu air kepada Dato’ Red. Apabila Dato’ Red bergabung dengan mereka bertiga ini memang kelakarlah masing-masing.
Perkongsian ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Bukan main rancangan mereka untuk menyatukan kembali Dato’ Red dan juga Adira. Seperti sebuah drama pula jalan cerita mereka ye.
Jom tonton video di bawah :
@putehhhx #abgred #datored #abgredlive #datoredlive #adirasuhaimi #adirasuhaimireal #datoredadira #abgredami #adirasuhaimidatukred #adirasuhaimiabgred #datoredacaps #acapsabgred #fadbocey #acapsdatored
Ini hanyalah gurauan mereka semata-mata. Di ruangan komen, ramai yang begitu terhibur dengan perbualan mereka. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Tk boleh blahh la dia org terbahak2 aqu tergelak.. tengok jugak petang tadi… kelakar habis.. Adira follow rapat live Dato red dengan Acap rupanya.. “
” Sepanjang balik keje layan.. mngekek.. lawak la tgk dorg pnye live td..nmpk ami jeles .. kantoi dlm diam² ami tgk live dato red dri awl smpai hbis.. “
” Sakit parut ku dua orang ane bah.. macam macam bah. Moga ada jodoh buat dato red sama adira. Sesuai sangat mereka berdua.. “
” Dia saje nk jelez kn adira pastu adira jelez kn dato balik.. dira nk kwen dgn org len tu..pmpuan klu dh xde hati ni lain.. “
Untuk info, Adira dan Dato’ Red berpisah pada bulan April lepas dengan talak satu. Adira dahulunya merupakan isteri kedua Dato’ Red dan perkahwinan mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata. Walaupun sudah berpisah mereka masih berhubungan baik.
Pasangan ini masih dalam tempoh iddah dan ramai yang berharap mereka kembali merujuk. Namun semua itu ketentuan Allah SWT, jika benar mereka masih mempunyai jodoh tidak mustahil akan kembali bertaut. Tetapi jika tiada jodoh, hubungan baik mereka tetap dipuji untuk pasangan sudah berpisah.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Putehhhxx
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral7 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen