Artis / Selebriti
” Kalau saya tak dapat kanser, dia tak akan terima saya.. ” – Suami Kiah Propa
Video luahan hati suami Kiah Propa, Mohamad Nazri mengenai Kiah buat ramai yang tersentuh. Sebaknya mendengar pengakuan ikhlas Nazri ni. Pengacara pun menangis dengar..
Wanita Hari Ini bersiaran semalam dan topik yang dibincangkan adalah ‘ Asbab diberi peluang kedua dalam kehidupan untuk bangkit membina sisi baharu kehidupan’. Untuk topik ini, pasangan pengantin baru, Siti Rokhaida Abdul Khalil atau lebih dikenali sebagai Kiah Propa dan suaminya, Mohamad Nazri Ismail menjadi tetamu jemputan.
Untuk info, Kiah dan Nazri pernah mendirikan rumahtangga namun perkahwinan mereka terlerai dan mereka tetap berhubungan baik demi anak-anak. Sejak 8 tahun lalu juga, Nazri tidak pernah putus asa untuk memujuk Kiah supaya kembali menjadi isterinya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Whitv3, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan Nazri meluahkan rasa hatinya. Ujar Nazri, bagi dirinya cinta dan isteri itu cuma satu. Jika hilang yang satu itu, maka tidak akan ada yang kedua. Kerana itu juga lah Nazri setia menunggu untuk Kiah kembali terbuka hati.

Asbab Nazri mengidap kanser, Kiah kembali menjadi isteri dan Nazri meluahkan rasa syukurnya. Nazri secara terbuka mengucapkan terima kasihnya kepada Kiah kerana sudi berkongsi hidup bersama dan berjanji akan cuba menjaga Kiah dengan sebaik-baiknya. Menangis pengacara Fiza Sabjahan mendengar luahan Nazri itu.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Min nak juga join cinta sejati.. masuk habuk tengok video ni.. Bergenang airmata saya, 8 tahun berpisah, jodoh bertaut kembali bersama.. dah ketentuan moga kiah dan suami bahagia ke akhir hayat.. “
” Tak boleh nak move on episod hari ni. Cinta sejati sukar dicari, tapi wujud.. Cinta pertama selalu sukar diganti.. “
” Kebanyakan orang lelaki yg lembot hati bila Allah bagi sedikit rasa terjentik utk duduk sebentar melihat kebaikan istri nya.. Alhamdullillah bersyukor Allah maha bark.. “
” Semogaaa kiah propa.ni diberi kesihatannn yg baikkkkk utk menjagaa suami hingga ke syurgaaa.. amin2.. “
” Kisah mereka memang menyentuh hati… semoga dipermudahkan urusan kak rock & abg nazri serta anak2.. “
” Indeep, nangis kita.. X semua mampu memberi peluang kedua dan sebenarnya peluang yang baru x kan sama seperti peluang yg ada.. “
” Masyallah, sedih dan terharu. perancangan Allah cantik atas kesilapan kita… tak semua orang akan dapat cinta sejati.. sedih dengar luahan suami kiah tu.. “
Tidak semua pasangan boleh melalui apa yang Kiah dan suami lalui sekarang. Cinta sejati mungkin sukar untuk dicari tetapi ianya wujud untuk insan yang bertuah. Semoga Allah merahmati selalu perkahwinan Kiah dan Nazri dan Allah angkat segala kesakitan yang Nazri tanggung untuk hidup lebih lama bersama Kiah dan anak-anak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG whitv3
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Belum makeup pun dah macam Tokti. Sekali makeup, fuh cantik betul. Tokti versi kurus sikit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Kenapa nak malu sangat. Tapi dalam sini ramai orang, asal you tak malu. Yang ni kan anak you.. ” – Eidress
-
Artis / Selebriti3 days ago” Rezeki apabila menjaga hubungn baik sesama adik beradik dan restu ibu. Alhamdulilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cari nahas sungguh Cikgu Geografi ni. Kak Lina merajuk rumah jiran mana pula kali ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ala comelnya ‘I was sick’. Speaking London Ayash, bijaknya dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka tahan tapi suara tak boleh tahan. Sumpah lawak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hampir gugur jantung weh, betul prank seram ni. Zizan bagus caring weh.. ” – Komen Netizen


