Artis / Selebriti
” Kalau kita jumpa orang pertama kali tau, kita nak tengok macam mana dia dengan kita.. ” – Datuk Ziela Jalil

Video Datuk Ziela Jalil Throwback Kisah Kali Pertama Bertemu Dengan Nur Fazura. Wah Tak Sangka Macam Tu Sikap Fazura, Datuk Ziela Pun Boleh Jatuh Hati !!
Meninjau di akaun Instagram milik pelakon dan pengarah terkenal iaitu Datuk Ziela Jalil, telah dikongsikan video dirinya bersama dengan pelakon yang cantik manis, tak lain dan tak bukan adalah Nur Fazura. Menerusi video itu, Datuk Ziela bercerita mengenai kejadian kali pertama bertemu dengan Fazura.
Kata Datuk Ziela, Fazura sudah dianggap seperti adik sendiri. Seingat Datuk Ziela, pertemuan tersebut berlaku ketika mereka sama-sama hadir di sebuah majlis Festivel Filem. Pada masa itu, Fazura diumumkan sebagai Pelakon Harapan Terbaik.
Semasa Fazura bangun dan terlihat wajah Datuk Ziela, Fazura terus menegur sopan Datuk Ziela. Hal itu membuatkan Datuk Ziela merasa hatinya berbunga-bunga dan jatuh hati melihat keperibadian Fazura. Tambahnya lagi, sebelum itu Datuk Ziela tidak pernah berjumpa dan bertentang mata dengan Fazura.
Bahkan saat Datuk Ziela memuji sikap ramah Fazura, Fazura sempat mencelah mengatakan sudah pasti saat itu dia mengenali siapa Datuk Ziela. Begitulah sikap baik Fazura, seorang yang sangat humble walaupun Fazura telah memenangi beberapa anugerah dan berjaya dalam dunia perniagaan.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian cerita oleh Datuk Ziela dan memuji keperibadian Fazura. Anntara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Kedua duanya.. Allahu Badiq maha mencantikkan.. Mencantikkan kalian berdua.. Fazura memang baik hati sangat.. Love tengok Fazura.. “
” Antara 2 wanita yg sy suka.. Serbia serbi nye. Dua2 cantik, manis dipandang, baik budi pekerti.. So tak hairan lah kalau dua2 antara pelakon yang berjaya.. “
” Dgn akk plak.. Masa tu kat Istana Budaya.. Came to me n told me “u r my favorite singer”.. Such an humble person.. Sampai sekarang Fazura humble.. “
” Masalahnyaaaa.. Kita pun pernah ternampak Ziela Jalil, Kita pun terjatuh hati jugak tgk dia.. Lawa & lembut je.. Fazura pun gitu jugak.. Senyum manis, bukan senyum terpaksa.. “
” Fazura ni bagi aku tak fake.. Sebab pernah jumpa dia, cara dia bercakap bukan buat2 sopan ke, buat2 ayu.. Kita tengok pun rasa jatuh cinta.. “
” Bestnya kalau both of u berlakon sama2.. Mesti besttt.. Start minat Fazura lps tgk gol & gincu.. Tu sbb lah artis2 mcm Fazura, Ctdk (to name a few) ni are on top of the others. Good attitude well mannered.. “
” Masyallah Tabarakallah Kak, kita memang minat betul lah Kak Ziela dan Fazura.. Fazura memang baik… Orang kata la sebab saya tak pernah jumpa lagi.. “
Bak kata orang tua-tua dahulu, ‘sehebat mana pun kita berilmu dan maju, jangan sesekali lupa asal usul kita dan selalulah berbudi bahasa dengan orang lain’. Ramai juga yang mengakui Fazura adalah seorang yang peramah dan lemah lembut orangnya di ruangan komen. Semoga Fazura terus maju jaya dalam kerjaya dan segala urusan dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG zielajalil
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar