Artis / Selebriti
” Kakak bagi hint gender baby lah. Lama tau kita tenung skrin tu.. ” – Komen Netizen

Video Fizo Omar membawa anak-anak menemani isterinya, Fazeera Nazri membuat ujian ultrasound raih perhatian ramai. Wah macam nampak jelas lah jantina baby. Comel jawapan Khaleeda bila tanya siapa nama baby, hehe..
Fizo Omar dan isterinya, Fazeera Nazri kini menanti kelahiran cahayamata keempat mereka. Perkahwinan mereka telah pun dikurniakan dengan 2 orang anak perempuan yang diberi nama Wan Khaleeda dan Wan Umaira. Kakak dan adik ini sangat akrab hubungan mereka dan usia mereka hanya berbeza 11 bulan sahaja.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Fizo Omar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fizo bersama Khaleeda dan Umaira menemani Fazeera untuk menjalani pemeriksaan bulanan dan ujian ultrasound bayi. Khaleeda dan Umaira kelihatan begitu teruja kerana dapat ikut bersama.
Ketika kandungan Fazeera sedang diperiksa, Fizo menghalakan kameranya ke arah skrin dan menampakkan hasil scan bayi itu. Fizo turut memaklumkan kandungan Fazeera telah pun memasuki usia 8 bulan. Ini bermakna kurang lebih sebulan sahaja lagi Fazeera akan melahirkan cahayamata mereka.
Fizo bertanyakan kepada Khaleeda, siapakan nama baby itu nanti dan jawapan Khaleeda mencuit hati Fizo dan Fazeera. Paparan skrin juga menunjukkan jantina bayi tersebut dan Fazeera bertanya betul atau tidak jawapan yang diberi oleh Khaleeda itu jika merujuk kepada skrin.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1o00 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Boy la tu.. lato lato mak ayah dia sebut hehe.. Macam kembar dah 2 orang ni.. comel je.. ni lagi kecoh rumah bila ada adik.. “
” Alhamdulilah dapat boy.. buat la video baby kembar tu cepat tak sabo ni.. insha Allah boboiboy kali ni.. lama tau kita tenung skrin tu betul ke tak lato-lato.. “
” Alhamdulillah.. moga mummy dan baby sihat-sihat.. mane tau rezeki baby boy.. tapi rasa macam baby boy ni.. macam bagi hint dah tu.. “
” Syukur Alhamdulillah semuga senantiasa dilimpahi kesihatan keberkatan ketabahan kekuatan dilindungi Allah senantiasa sekeluarga tersayang rezeki berpanjangan lanjut usia selamat melahirksn dipermudahkan segala urusan Aamin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin.. “
” Kakak bagi hint gender baby lah.. wah kalau betul baby boy, seronok lah fizo ada geng lepas ni.. mesti dah lama tunggu baby boy.. “
” Macam kembar dah padahal beza setahun je kakak dengan adik ni.. Baby boy la tu kan sebab khaleeda sebut lato-lato.. jangan gigit adik pulak nanti hehe.. “
” Comelnya.. macam kembar je kakak adik ni.. bgus branak rapat-rapat.. membesar sama-sama.. semoga dipermudah Allah segalanya.. “
Ramai yang membuat kesimpulan bakal bayi Fizo nanti adalah anak lelaki dan perkataan ‘lato-lato’ itu menguatkan andaian semua. Semakin meriah lah rumah Fizo nanti setelah bayi lahir. Apa jua jantinanya, semoga bayi Fizo lahir sihat dan sempuna dan didoakan segala urusan Fazeera untuk melahirkan nanti berjalan dengan lancar.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fizo Omar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Tahniah kakak, cantik anak abah Jai. Situasi inilah yang Abby mahukan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kutu buat comeback pulak guys. Patut lah dia tak tenang.. ” – Ubai
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wei dah agak mesti gelak punya. Terguling-guling Khiriah ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Suara itu menterjemah erti sebuah Rindu. Suara Sarah, aa nangis dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Rasa nak melompat bila dengar Spacedollah cakap macam tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen