Connect with us

Artis / Selebriti

” Kak Lina tak kaya mana pun, tapi.. ” – Elly Mazlein

Mahu terus membantu kanak-kanak yang memerlukan, perkongsian Elly Mazlein buat ramai sebak. Kak Lina sendiri pun tidak mampu menahan air mata..

Meninjau ke akaun Instagram Xtra, perkongsian sebuah video temubual bersama Elly Mazlein telah mengundang sebak ramai orang. Elly menyatakan yang dirinya akan terus membantu mana-mana kanak-kanak yang sakit dan memerlukan bantuan.

Segalanya bermula apabila Elly mula mengunjungi kanak-kanak bernama Alisa yang menghidap kanser mata. Elly berasa sangat tersentuh hati apabila melihat akan keadaan arwah Alisa pada ketika itu walaupun usianya tidak panjang.

Sejak dari itu, Elly banyak mengunjungi kanak-kanak yang sakit terutamanya yang menghidap sakit yang kronik. Elly banyak berkongsi videonya ketika mengunjungi kanak-kanak tersebut menerusi akaun Instagram miliknya. Elly akan membantu selagi boleh.

Perkongsian video ini telah menerima lebih dua ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ketika sesi temubual tersebut juga dapat dilihat Elly tidak dapat menahan rasa sebak apabila bercerita tentang kanak-kanak yang dilawatinya.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :

” Semoga kak lina di beri rezeqi yg bertambah supaya boleh menolong org2 yg memerlukan… Aamiin, MYDIN ambik kak lina jadi duta plsss.. “

” Dalam gelak tawa,kepom ttp igt yg memerlukan..semoga Allah panjangkan umur Dan murahkan kak jakelina.. sbb tu la rezeki dia mencurah2 xhenti2.. terbaik kak kepom.. “

” Semoga terus murah rezeki kak lina dan terima kasih memberikan cth terbaik utk rakyat malaysia dan anak2 muda. Setiap rezeki kita ada rezeki org lain.. “

” Sgt terinspirasi dgn kak lina iamellymazlein terus sebak dgr perkongsian ini. Semoga kak lina dipermudahkan segala urusan kak lina.. “

” Semoga Kak Lina dimurahkan rezeki Dan dapat membantu yg lain. Aamiin.. Hebat sangat sis iamellymazlein bukan senang nak tetap tenang dihadapan anak2 ini.. “

” Moga rezki kepom makin luas …allah faham niat kepom ..nama Lina pun bwk rezki sbb TU mana mana jadi duta bila bergabung nama semua menjadi sbb niat kepom ikhlas.. “

” Tq Kak Lina..semoga kak Lina n family di lindungi , dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkati oleh yang Maha Esa..In Syaa Allah Aamiin.. “

Niat murni dan baik Elly ini sangat dipuji ramai. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga segala urusan dipermudahkan buat Elly Mazlein dalam hasrat murninya ini. Semoga rezeki Elly makin melimpah ruah dan dapat membantu lebih ramai lagi insan yang memerlukan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Xtra

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak