Artis / Selebriti
” Feel betul suara Thalita menyanyi lagu Menjaga Jodoh Orang Lain ni.. ” – Komen Netizen
Video Thalita menyanyikan lagu Ara Johari berjudul Menjaga Jodoh Orang Lain begitu menyentuh hati. Meremang dengar suara Thalita menyanyi lagu ni, menusuk ke hati..
Meninjau ke satu akaun Instagram Berita Kopak, sebuah video yang memaparkan Thalita berduet bersama bapanya, Shuib Sepahtu menyanyikan lagu berjudul Menjaga Jodoh Orang Lain yang diulangsiar dari akaun Tiktok cikdiamond123 telah dikongsikan. Lagu tersebut telah dipopularkan oleh penyanyi Ara Johari.
Selalunya kita didengarkan dengan Thalita menyanyikan lagu arwah ibunya, Siti Sarah Raisuddin. Kali ini Thalita menunjukkan bakat yang dirinya juga boleh menyanyikan lagu penyanyi lain juga. Sangat merdu suara Thalita menyanyikan lagu ini.
Lagu ini sebenarnya agak sukar untuk dinyanyikan kerana ada bahagian lagu yang memerlukan nada suara yang tinggi. Ternyata Thalita boleh menyampaikan lagu ini dengan baik menerusi gayanya yang tersendiri. Cukup rasa suara Thalita menyanyikan lagu ini, penuh dengan penghayatan.

Perkongsian video ini telah menerima beberapa tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Thalita menyanyikan lagu ini ketika membuat sesi live di Tiktok. Sememangnya setiap kali membuat live Thalita akan menyanyi untuk menghiburkan pengikutnya dan dalam masa yang sama berlatih untuk menyanyi.
Jom tonton video di bawah :
Bakat nyanyian Thalita mula menjadi perhatian pihak media apabila banyak video Thalita sedang menyanyi dikongsikan di media sosial. Sejak itu Thalita mula mendapat beberapa jemputan nyanyian dan ia sememangnya merupakan impian Thalita untuk menjadi penyanyi.

Bakat Thalita ini diwarisi menerusi arwah ibunya yang sememangnya mempunyai suara yang cukup merdu. Apabila mendengar suara Thalita, ramai yang dapat mengubati rindu akan suara arwah ibunya kerana suara mereka sangat mirip. Semoga Thalita terus berjaya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga4 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

