Artis / Selebriti
” Ingatkan Ella yang nyanyi, sedapnya suara Kak Khiriah.. ” – Netizen
Video Noorkhiriah Menyanyi Lagu Naim Danial, Sump4h Raih Pujian Peminat. Wah Ramai Yang Cakap Macam Suara Ratu Rock Negara, Ella. Bakat Terpendam Betul Ni, Lunak Merdu Suaranya !!
Siapa tidak kenal dengan nama Noorkhiriah, pelakon bertubuh kecil molek yang peramah orangnya. Tidak hanya gah dengan bakat lakonannya, figura ini mendapat perhatian ramai atas usahanya menyediakan van jenaz4h secara percuma untuk kegunaan umum.
Jika menyentuh soal lakonan, kehebatan Khiriah menghayati watak tak dapat dinafikan lagi. Namun kali ini, Khiriah menonjolkan bakat terpendamnya yang membuatkan tidak hanya peminat malahan krew belakang tabir juga terpegun.
Meninjau akaun Instagram Noorkhiriah, telah dikongsikan sebuah video berdurasi lebih kurang 2 minit yang menampilkan Khiriah membuat rehearsal menyanyi bagi satu program TV. Membawakan lagu dendangan asal Naim Daniel berjudul Sump4h, suara Khiriah memang kedengaran begitu merdu.

Melihat situasi di belakang pentas ketika ini, yang melihat nyanyian Khiriah juga tidak melepaskan peluang merakamkan suara Khiriah. Siapa sangka Khiriah mempunyai suara lunak dan merdu sebegini, boleh bagi 5 bintang lah.
Jom tonton video di bawah :
https://www.instagram.com/p/CWlPNXWACZO/
Nyanyian oleh Khiriah ini telahpun ditonton hampir 50 ribu tontonan setakat ini. Rata-ratanya memuji kelunakan suara Khiriah dan antara komen-komen peminat :
” Comel je banyak kali tengok. Terbaik lah, tak sangka akak pandai nyanyi. Sedap sangat suara, mat1 mat1 ingat Ella tadi.. “
” Sedap sungguh suaranya, suka sangat sangat. Kasi full lagu la kak Noor, best sangat dengar. Macam suara ratu rock negara Ella la.. “
” Fuh macam suara Ella la kak. Sedapnya suara kak Khiriah ni. Tak puas dengar, nak lagi versi penuh punya.. “
” Ingatkan Ella yang nyanyi, merdunya suara sedap sangat. terbaiklah, berlakon hebat, menyanyi pun boleh buat single ni.. “
” Sedapnya suara lunak, tenang dengar. Repeat banyak kali video ni, suara mantap. Ramai peminat serbu tu.. “
” Macam suara Ella, comel la Khiriah ni. Betul betul perfect, serba boleh sis ni. Nyanyi full kak nak dengar part korus.. “
” Sumpah weh tak puas dengar suara kak Khiriah, sedap sebijik macam suara Ella. Satu satunya penyanyi pandai lantai, kelainan tu yang mahal. Tapi serius sedap suara.. “

M4lu-m4lu sambil pandang ke lantai pun, tetap mantap lontaran suaranya itu. Ramai peminat yang meminta versi penuh nampaknya gara-gara tak puas mendengar suara Khiriah. Apa pun, suara Khiriah memang sedap dan terbaiklah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Noorkhiriah Ahmad Shapie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti14 hours ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti1 day ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen

