Artis / Selebriti
” Ingat aku telefon dia, dia nak backup aku. Rupanya dia tak backup aku pun.. ” – Dato’ Fizz Fairuz
Video Panggilan Telefon Datin Almy Nadia Menerusi Segmen Morning Morning Suria Mencuit Hati Ramai. Part Last Tu Lawak, Naik Seram Pula Dato’ Fizz Ugut Datin Almy Macam Tu, Mesti Pecah Peluh Datin Almy Dengar, Haha !!
Umum mengetahui yang pelakon Dato’ Fizz Fairuz kini bergelar penyampai radio di stesen radio Suria FM. Bergabung bersama dua lagi rakan penyampai Suria iaitu Ajak Shiro dan Khai Hassan dalam segmen Morning-Morning Suria membuatkan suasana pagi makin gamat.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram radio Suria telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ajak, Dato’ Fizz dan Khai membincangkan topik mengenai adakah patut para suami mendapat cuti sebulan sepanjang tempoh isteri bercuti bersalin.
Menerusi video itu, Ajak berkata akan menelefon ‘ president of persatuan ibu-ibu mengandung’ untuk bertanya pendapat mengenai isu tersebut. Rupa-rupanya, dalam talian adalah isteri Dato’ Fizz iaitu Datin Almy Nadia. Mendengar apa yang dikatakan oleh Ajak, terus Dato’ Fizz memberikan reaksi terkejut.

Datin Almy berkata baginya, dia memerlukan suami untuk menguruskan diri dan anak pada awal minggu bersalin serta memberikan pendapat agar suami perlu bercuti hanya selama 2 minggu lebih. Namun pendapat yang diberikan oleh Datin Almy itu tidak dipersetujui oleh Dato’ Fizz.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ada yang memberikan emoji ketawa dan pendapat mengenai topik tersebut. Antara komen warganet adalah :
” Seminggu je cuti cukup.. Bila ade appt baru suruh dia apply cuti tiap pagi untuk check up. Memudahkan kerja suami. Hahahaha saya czer dua2 anak okay je urus sendiri lpas sminggu.. “
” Wow so sweet nya Dato’ Fizz Firuz & isteri, hahahaha.. “
Seloroh Ajak kepada Datin Almy, Dato’ Fizz mahu bercuti selama satu bulan. Bukan itu sahaja, sempat Dato’ Fizz mencelah dengan berkata dia berharap agar Datin Almy akan ‘ backup ‘ apa yang dikatakannya, namun lain pula jadinya. Bahkan sempat Dato’ Fizz mengugut untuk ‘menghamilkan’ Datin Almy lagi, hehe.

Alahai Dato’ Fizz ni kalau tak menyakat Datin Almy memang tak sah. Apa-apa pun mereka memang antara pasangan yang happy go lucky dan kehidupan rumahtangga mereka sentiasa harmoni. Semoga pasangan ini terus bahagia bersama anak-anak sehingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG suriamalaysia, fizzfairuzofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara lunak, lemak berkrim. Hussain lenggok sendiri, tak ikut Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen

