Artis / Selebriti
” I love you Datuk K ? Saya belajar Muay Thai tau.. ” – Dato’ Seri Siti Nurhaliza
Penonton Jerit ‘I Love You Datuk K’ Ketika Konsert, Respon Dato’ Seri Siti Nurhaliza Buat Ramai Terhibur. Haaa Tokti Dah Bagi Warning Tu, Jangan Berani-Berani Yer, Haha !!
Walaupun sudah puluhan tahun bergelar anak seni, namun aura dan pesona penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza masih kekal sehingga kini. Anak seni kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini juga mempunyai ramai peminat yang setia mengikuti perkembangannya dari sejak kemunculannya dalam dunia seni sehinggalah sekarang.
Terbaru, DS Siti telah mengadakan konsert solonya, Fenomena Siti Nurhaliza di The Star Theatre, Singapura. Kemunculan DS Siti di sana membuat para peminat Singapura begitu teruja dapat bertentang mata melihat sosok tubuh ini membuat persembahan di hadapan mereka.
Meninjau di akaun Instagram milik fans DS Siti, telah dikongsikan satu video yang memaparkan DS Siti sedang berjenaka dengan peminat-peminatnya. Pada awal video, DS Siti mendengar ada penonton yang menyebut ‘I Love You Datuk K’ . Mendengar apa yang dikatakan oleh peminat tersebut, seloroh DS Siti yang dirinya ada belajar Muay Thai.

Selepas itu, sempat DS Siti berkata, dia hanya melawak dan mengatakan bukan dia sahaja mempunyai peminat, tetapi suaminya juga mempunyai peminat yang tersendiri. Sehingga kini, video DS Siti itu telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram tersebut.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon diberikan oleh para peminat DS Siti. Antara komen-komen menarik yang dapat kami kongsikan adalah :
” Susah untuk membenci atau tidak meminati atau tidak menyukai Siti.. Cara dia cakap, body language semua tiada cacat cela.. Love you Siti.. “
” Tapi tu lah Dato K, kalau Dato buat hal satu Malaysia marah tauu ahaha. Apa pun, cute je Dato Siti mengusik, hahahahaha.. Tengah warning pun cantik.. “
” One of the best thing bila pergi her concert, dpt impromptu moment mcm ni and parts ni yg tak akan ada dekan mana2 rakaman kecuali momen, lensa penonton yg hadir.. “
” Hahaha dengar tu Dato K … AWAS u are under the radar.. Peminat Dato Sri Siti marah tau kalau Dato buat hal … Hihihi … A thousand apologies … “
” Sskali Toktie masuk air.. Memang tak boleh bawa bncang eh, haha berdekah kita dengar dia cakap, melawak tapi diam2 tu macam tengah bagi amaran.. “
” Jangan main main heh kang ada yang terbang ke langit kena tumbuk ngan Tokti hahahahahaha terus dia bagi tau ok dia belajar muay thai, heheehe.. “
” Banyak kali tengok. Comel betul Tokti, hahahahaha.. Siapa berani kacau, memang cari sak1t lah.. Tengok gaya dia boleh tahan kalau naik angin, haha.. “
Komen peminat DS Siti, sifat lemah lembut DS Siti itu membuat mereka sentiasa menyayanginya dan mereke turut terhibur melihat sesekali DS Siti membuat jenaka. Apa-apa pun terbaik lah persembahan DS Siti di konsert tersebut, begitu memukau sekali.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sitinurhalizagallery
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti3 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kakak Sarah dah besar macam ibu. Hampir tak kenal.. ” – Komen Netizen

