Artis / Selebriti
” Hujung-hujung selit lawak ea. Ni ada balik kena seb4t dengan cikgu dekat umah, haha.. ” – Netizen

Video Jep Sepahtu Wish Birthday Sari Yanti Live Di Konti Radio Buat Ramai Terhibur. Alahai Sweetnya Ucapan Jep Ni. Yakin Betul Tak Pernah Buat Hal Tu. Part Last Tu Berdekah Dengar. Jauh Betul Perginya Tu Jep, Haha !!
Beberapa tahun yang lalu, tidak ada siapa pernah menyangka Jep Sepahtu akan berkahwin dengan Sari Yanti. Pasangan ini menjadi antara selebriti yang menjadi kesukaan ramai kerana kehidupan mereka yang humble dan tidak sombong dengan peminat.
Meninjau akaun Instagram Sinar FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Jep memberi ucapan khas untuk isteri kesayangannya sempena ulangtahun kelahiran Sari. Memulai ucapannya, Jep mengatakan dia lelaki yang beruntung kerana dikurniakan isteri yang menyenangkan dan banyak bersabar seperti Sari.
Jep dalam berseloroh mengatakan dia tidak pernah buat hal dan disambut dengan usikan oleh Angah dan Rahim. Lebih suka ucapan dalam bentuk doa, antara yang diungkapkan Jep untuk Sari adalah agar dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.
Jep turut bercerita banyak yang dipelajari daripada Sari, antaranya Sari mengajar Jep bahasa Inggeris. Dengan penuh yakin Jep menyebut perkataan dalam present tense dan past tense. Boleh pula perkataan ‘working‘ apabila jadi past tense disebut ‘workout‘. Adui lah Jep, menyempat diselit kelakarnya tu.
Jom tonton video di bawah :
Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar :
@sinar_my Betul ke Jep kata dia tak pernah buat hal? 🤔 Hehe. Banyak perkara Jep belajar dengan isteri, Sari Yanti termasuk belajar Bahasa Inggeris. Jadi ni ucapan istimewa sempena Hari Lahir Sari Yanti hari ini. Happy birthday Sari Yanti! 😍 #PagiDiSINAR #SINARKongsi #fypシ #xyzbca #fypシ゚viral
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Selamat Hari lahir Sari Yanti.. Bestnya doa Jep untuk Sari.. hujung-hujung selit lawak ea haha.. ”
” Sariyanti dgn jep ni mcm saling melengkapi, sari sggup korbankan kerjaya, jep terima seadanya dan cuba jadi suami dan ayah yg baik.. perfect match.. ”
” Selamat hari lahir Sari Yanti. Tahniah juga kepada Jep dikurniakan isteri solehah penyejuk mata. Semoga kalian berbahgia berkekalan. Aminnn.. ”
” Doa seorang suami.. Happy birthday sariyanti… moga dpanjangkn umo, dmurahkn rezeki, dberi kesihatan yg baik dan happy selalu bersama family tercinta.. ”
” Happy birthday Sari… workout ye Jep haha. ni ada balik kena sebat dengan cikgu dekat umah Jep haha.. jauh betul perginya tu.. ”
” Untung pasangan ni, saling melengkapi.. Syukur Alhamdulillah.. Lain macam jep up ni… Seram pulak .. HeppY birthday sariyati.. ”
” Alhamdulillah syukur happy birthday sari yanti… Semoga DOA suami mu Di mkbulkan Allah SWT.. love sgt doanya, kejujuran yg sgt di akhir doa itu enth kenapa trsenyum sendirian.. mungkin kerana ikhlasnya kata2 yg jep lontarkn utk insan trsyg.. ”
Jep ni dalam lawak ada sweetnya. Punya lah serius mendengar ucapan Jep, last-last sempat lagi Jep buat kelakar. Apa-apa pun, selamat hari lahir Sari Yanti daripada kami di Berita Kopak. Semoga Sari Yanti dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar FM, IG Sari Yanti, Tiktok Sinar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti12 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar