Connect with us

Artis / Selebriti

” Hujan lebat pulak mata ni tengok video Zizan. Anak yang baiklah Zizan.. ” – Netizen

Video Zizan Razak Dan Abangnya Hafiz Membuat Kejutan Hadiah Kereta Untuk Ibu Mereka Buat Peminat Tersentuh. Wah Bukan Biasa-Biasa Keretanya. Sebak Tengok Mak Zizan Menangis. Berkah Hidup Zizan, Selalu Bahagiakan Mak !!

Menerusi akaun Tiktok Hafiz Ab Razak iaitu abang kepada pelawak Zizan Razak, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Zizan membuat kejutan hadiah berupa kereta buat ibunya. Ibu Zizan langsung tidak menyedari semuanya telah dirancang oleh Zizan dan jurujual di situ.

Zizan membawa ibunya ke showroom kereta dan katanya untuk mengisi masa sebelum berbuka. Ibu Zizan hanya perasaan kereta yang di hadapannya itu memang untuknya setelah membaca nama di skrin. Menangis terus ibu Zizan kerana langsung tidak menyangka kereta idamannya menjadi kenyataan.

Klik gambar untuk info..

Tindakan Zizan yang selalu memenuhi keinginan ibunya meraih pujian daripada semua. Komen warganet, tidak mengapa Zizan belum bertemu jodoh, kerana Zizan menabur bakti dan membalas jasa ibu. Lebih besar pahala yang Zizan peroleh kerana menggembirakan hati syurganya.

Untung ibu Zizan, bukan kereta biasa-biasa ye. Terbaik lah Zizan, boleh menjadi anak contoh kepada semua. Air mata bahagia seorang ibu membuatkan warganet yang melihat pun turut terasa sayu. Tempoh hari hadiah motor untuk abang, kali ini kereta untuk ibu pula.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) 

@hafizarazak869

Misi berjaya lagi by @zizanrazak869 Untuk ibu tercinta.. @RatuEliz57 Terima kasih yang menjayakan misi ini @musrosymr @rosymus @saifulmerican @serilicious_benz

♬ original sound – Hafizarazak869 – Hafizarazak869

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Dia lambat kahwin pun, dia bahagiakan keluarganya. rezeki Allah bg pd dia.. berbakti pd ibu.. ”

” Allah nak tambah rezeki dia lagi untuk terus berbakti pada ibu dia dulu sebelum wanita lain.. Bagus zizan. Keje kuat & balas balik jasa parents & keluarga. Contoh yg baik.. ”

” Kalau mcm ni dia happykn mak dia , dia blakon ka host ka menjuai ape pun nitizen terus menerus sapot Zizan… ”

” tahniah ibu Along dan Zizan semoga sakses selalu. sy anak PON tak pnh bg hadiah hari lahir mak sy trigin nak bg tp blom mampu.. bila tgk video ni menitis air mata btoi2 sedih sgt tbaik lah Zizan.. ”

” kenapa zizan takde jodoh lagi…. sebab Allah bagi dia berbakti kepada org tua dulu.. rezeki dia DPT berbakti.. ”

” Besor Rahmat Bila berbakti pd org tua, X Kira la bg adioh Mahal atau tak. tiba-tiba hujan lebat lak mata ni tengok video Zizan ni.. anak yang baik lah Zan.. ”

” Terbaikkk Zizan Betapa besarnya Pahala Mengembirakan hati seorang ibu. belum ade rezeki bertemu jodoh.. dpat membahagiakan mak tu pun rezeki jugak.. moga terus dimewahkan rezeki.. aku pulak sebak.. ”

Klik gambar untuk info..

Turut menangis warganet melihat reaksi ibu Zizan itu. Air mata gembira dan bahagia seorang ibu, semoga semakin mencurah-curah lah rezeki Zizan nanti. Apa-apa pun, didoakan semoga suatu hari nanti Zizan akan bertemu dengan jodoh yang baik sebaik Zizan juga. Insha Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Hafizarrazak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT