Artis / Selebriti
” Hilang tar1ng ‘Jebat’ bila melayan Jebat kecil hehe.. ” – Netizen
Video Sharnaaz Ahmad Melayan Jebat Jayden Menari Buat Peminat Terhibur. Sisi Lain Sharnaaz, Memang Cair Terus Bila Dengan Jebat. Best Baba Ever !!
Gelagat si comel, Jebat Jayden kerap kali mendapat perhatian peminat setiap kali videonya dikongsikan kepada umum. Lebih lagi apabila Jebat bersama babanya, Sharnaaz Ahmad. Pasti ada sahaja yang dilakukan oleh anak dan ayah ini.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Sharnaaz, telah dikongsikan satu video terbaru Sharnaaz bersama Jebat. Dengan kapsyen tertulis, ‘nothing much here, anak dengan baba menari jer’, video berdurasi 1:52 minit ini mencuit hati peminat.
Jebat yang suka menyanyi dan menari ini sememangnya seorang anak yang ceria. Kali ini lagu kanak-kanak Baby Shark pula jadi lagu pilihan Jebat. Jebat nampak lincah memusing-musingkan badan dan berjoget mengikut rentak lagu itu.

Babanya pula begitu sporting, melayan sahaja kerenah Jebat dan turut menari serta melompat bersama-sama. Siapa sangka, Sharnaaz yang nampak gar4ng dan gan4s wajahnya ini rupanya berjiwa lembut apabila bersama anakanda.
Jom tonton video di bawah :
Gelagat Jebat bersama Sharnaaz ini meraih perhatian daripada peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat dikongsikan :
” Sisi lain Sharnaaz, lesap terus brut4l mamu bila dengan Jebat. Baba yang penyayang dan sporting. Pandai melayan Jebat patut Jebat happy selalu dengan baba.. “
” H1lang taring ‘Jebat’ bila melayan Jebat kecil hehe. daddy terbaik lah Sharnaaz. mamu makin kurus dan handsome lah.. “
” Pastikn bakal step mom jayden boleh layan macam ni. Penyayang. Jangan pilih ke rupa molek je tapi hati tidak. Yang penting sayang Jebat.. “
” Sweetnya both of you, helok sangat baba pun. Kalau ada girl yang pandai ambik hati Jebat macam ni, gerenti mamu tak pandang lain dah.. “
” Tak tahu la why nang1s tengok video ni. Nampak sayang betul Sharnaaz dengan Jebat, apa sahaja demi Jebat tersayang.. “
” Dua-dua Jebat ni tak pernah tak handsome. So cute Jebat, mamu pun makin segak sekarang. Mamu pandai menarilah rupanya, ingatkan keras haha.. “
” U might say nothing much but the moment shared is precious. bond father and son. Comel tengok anak dengan ayah ni. Seronok main bersama ye.. “

Bila Jebat gembira, Babanya pun ikut gembira bersama. Jebat si penghibur hati dan sumber kekuatan Baba untuk terus lebih maju ke hadapan. Semoga Jebat dan Sharnaaz sentiasa gembira bersama dan dalam lindungan Allah selalu hendaknya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sharnaaz Ahmad, IG Jebat Jayden
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nama baby unik dan lain daripada lain, pandai pilih nama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Showmanship Ayash power lah. Gaya dia tu mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku terus call, laki kau yang angkat. Aku terkejut, mesej tu baru 2 saat ko reply.. ” – Janna Nick
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti2 days ago” Macam mana tahan gelak ni oii. Part keluarkan rambut dari mulut tu sumpah kelakar, haha.. ” – Komen Netizen

