Artis / Selebriti
” Hebat, Khawla pandai baca tempo dan rhythm.. ” – Netizen
Video Anak Ernie Zakri Dan Syamel, Nur Khawla Soleha Menari ‘ Baby Shark ‘ Buat Ramai Terhibur. Wah Comelnya Khawla, Ligat Sungguh. Boleh Ingat Step Dari Awal Sampai Habis !!
Meninjau ke satu akaun Tiktok, perkongsian sebuah video yang memaparkan anak Ernie Zakri dan Syamel iaitu Nur Khawla Soleha menari tarian ‘ Baby Shark ‘ ketika di majlis hari lahirnya baru-baru ini telah membuatkan ramai terhibur.
Khawla baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 2 tahun pada 22 Februari lalu. Khawla dilihat amat meminati watak animasi Baby Shark kerana boleh mengingati kesemua langkah tarian lagu tersebut dari awal sehingga akhir.
Bukan sahaja gaya Khawla menari yang menghiburkan, ibu bapa Khawla juga turut serta menari bersama Khawla. Ketiga-tiga beranak ini nampak sangat comel menari bersama. Sudah nampak darah seni yang mengalir di tubuh Khawla kerana terserlah bakat Khawla.

Perkongsian ini telah menerima lebih 2oo ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Khawla seorang kanak-kanak yang berani untuk menunjukkan bakatnya di hadapan ramai orang dan tidak segan untuk menari.
Jom tonton video di bawah :
@adam_iqb4l baby shark for life ❤ ! happy birthday lala somell 😻🎉 #nurkhawlasoleha #erniezakri #syamel #syamelernie #fyp #bismillahfyp #foryou #justiceforerniezakri
Di ruangan komen, ramai yang ger4m melihat gelagat Khawla menari. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Anak erni suka babyshark , anak intan Ladyana suka Mickey.. comey betui dedua ni.. Lain bebenor syamel ada misaii.. “
” Anak dia pandai baca tempo, rhythm, Hebat anak dia.. Khawla ngn rina mcm seiras kan.. saya kena tgk dlu blkg diorang ernie ke maryam.. “
” Pandai betul dia menari…. lala boleh ingat semua step…. tiga3 serentak je…. comel nye.. tak apasal berulang2 Kali tgk ni.. “
” Comelnya..sebiji perangai mak/paknya.. khawla knp comel sgt dh cm org Besa menari.. cantik dan comel mak dan anak buat baby shark.. “
” Mmg nmpk darah seni nya. start je.muzik dia dh boleh agak nk masuk tu. terernya buat rentak ikut music… aku yg dah tua pon belum tentu ingat rentak.. “
” Comeyy.. mak ngn bapaknya kena sama2 jugak bgi semangat ank.. hehe.. berapa kali dh ulang ni syok lak layan… Tiber terjoin sama ikut rentak .. “
” Comeeyyy je tgn kecik die buat baby shark tu.. Waaa hafal dia step baby shark kn good girl.. eh eh khawla ni kecik2 dh tnjuk talent.. “
Alahai, memang comel sangat gaya Khawla menari. Khawla boleh membaca rentak muzik dan menari ikut tempo dengan begitu baik walaupun baru berusia 2 tahun. Selamat menyambut ulangtahun kelahiran buat Nur Khawla Soleha. Semoga menjadi anak yang solehah. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Adam iqbal
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen



