Connect with us

Artis / Selebriti

” Happy Birthday to my princess, Nazharah Afroza.. ” – Anne Ngasri

Anne Ngasri Kongsi Gambar Sempena Hari Lahir Anak Perempuannya, Nazharah Afroza. Wahhh Dah Besar Dah Anak Anne. Anne Pun Maintain Muda, Dah Macam Kakak Dengan Adik Je !!

Datin Naszriah binti Ngasri atau lebih dikenali sebagai Anne Ngasri, pernah terkenal menerusi drama bersiri Cili Padi di sekitar era 90-an sebagai Lili. Bintang kelahiran Kuala Lumpur ini sentiasa kelihatan awet muda walaupun sudah mempunyai empat anak lelaki dan dua cahaya mata perempuan yang comel. Kini, Anne dilihat jarang muncul di layar televisyen kerana mahu menumpukan perhatian untuk menguruskan keluarganya.

Hasil tinjauan kami di Instagram, baru-baru ini Anne telah memuatnaik satu gambar sambutan kelahiran puteri sulungnya, Nazharah Afroza Abdul Wafi. Sambutan hari lahir Nazharah itu kelihatan simple tetapi  meriah dan diraikan bersama keluarga di rumah sempena usianya yang sudah mencapai umur 10 tahun.

Nazharah turut diraikan dengan sebiji kek yang bertemakan penyanyi berkumpulan wanita terkenal dari Korea Selatan iaitu Blackpink. Nampaknya Nazharah sangat meminati Blackpink sehinggakan Anne dan suaminya, Datuk Sumali Reduan telah menempah kek bertemakan artis kegemaran anak kesayangan mereka itu.

Bukan itu sahaja, kapsyen Anne dengan ucapannya sebagai ibu mendoakan yang baik-baik untuk puterinya, Nazharah mendapat tanda suka daripada orang ramai. Pastinya, Nazharah kelihatan sangat gembira dan teruja dengan kej0tan yang diterima itu dan tersenyum indah dalam gambar bersama ibu dan adiknya. Alahai, manisnya senyuman Nazharah.

Jom baca perkongsian di bawah :

Anne juga berkongsi beberapa gambar lain sempena sambutan hari lahir Nazharah bersama keluarga untuk perkongsian bersama peminat dan rakan-rakan.

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Malah, Anne dan Nazharah dilihat sangat cantik dengan menggayakan warna baju dan tudung yang sama. Rata-rata peminat memuji dan mendoakan untuk Nazharah di ruangan komen. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :

“ Happy birthday beautiful Zara..  Happy birthday sayang. Nanti mummy bawa adik sofia sekali semua lain hari ya.. Much love.. ”

“ Happy birthday to my beautiful princess Zara.. May Allah bless you with prosperity & success and achieve every goal in life.. Aunty love u.. ”

“ Happy birthday Princess Nazharah.. Happy Birthday Kakak.. Moga membesar jd anak yg solehah.. Ameen.. ”

“ Sannah Helwah.. Selamat hari lahir kpd anaknda Annengasri.. Semoga Panjang umur.. Dilimpahi rezeki.. Sihat.. Maju Jaya dlm pelajaran dan jadi anak yang Sholehah.. Aamiin3 Allahumma Aamiin.. ”

“ Happy birthday nazharah.. Semoga mnjadi ank solehah kebanggaan keluarga.. Aamiin.. Happy besdayyy princess.. Muka macam ur mom lahh.. ”

“ Semoga Zara panjang umur.. Sehat.. Murah rezeki.. Bahagia selalu dan tercapai apa yg dicita citakan nya.. Kalau tak C0v1d boleh celebrate ulang tahunnya di Bandung.. ”

“ Birthday anak Anne Ngasri.. Hari ni jugak eh.. Barakallah fii umrik Zara makin cantik.. Manis dan shalihah semoga pa ja.. ”

Alahai, meriah sungguh sambutan hari lahir Nazharah, so sweet family. Pastinya Anne dan suami mahu memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Semoga Anne dan keluarga sentiasa sihat dan di dalam lindunganNya serta Nazharah membesar menjadi anak yang baik buat kebanggaan ibu bapa dan keluarga.

Silakan SHARE..

Sumber: IG annengasri_official

Artikel ini disediakan oleh Berita Kopak. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT