Artis / Selebriti
” Kenangan Aidilfitri nasib tak diruqiyahkan kita.. ” – Anne Ngasri
Video Sesi Bersalaman Datin Anne Ngasri Dan Suaminya, Dato’ Sumali Di Pagi Raya Buat Ramai Terhibur. Wah, Tebal Betul Duit Raya Anne Dapat Tapi Macam Kena Prank Je Tu. Kuat Menyakat Dan Kelakar Juga Dato’ Sumali Ni Rupanya, Haha !!
Setiap kali tibanya hari raya Aidilfitri, pastinya ada sesi bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga. Menerusi akaun Instagram, Datin Anne Ngasri telah memuatnaik sebuah video ketika Anne memohon maaf terhadap suaminya, Dato’ Sumali.
Ketika bersalaman Anne telah memohon maaf segala silap dan salah sepanjang menjadi isteri kepada Dato’ Sumali. Nampak panjang sungguh ayat Anne ketika memohon maaf dan tidak lupa juga kucupan buat suami selesai bersalam-salaman.
Dato’ Sumali kemudiannya memberikan sampul duit raya kepada Anne, nampak begitu tebal duit di dalam sampul. Tetapi apabila dibuka oleh Anne, duit yang tebal tersebut merupakan seikat wang RM1. Walaupun demikian, Anne tetap memanjat rasa syukur.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 4 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Anak Anne juga sempat meminta Anne membelikan mainan apabila melihat ibunya menerima sejumlah duit raya. Janji tebal ye Dato’, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat pasangan suami dan isteri ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Haha.. biasa nya si anne ni yg dramaaa.. bila masa pulak To’ Moly pun pandai drama nih? Tebal nampaknya sampul duit tu belanja sikit.. “
” Hahahha comei sgt dik… selamat hari raya.. lucu Datin. dpt angpau terus lariii haha. Dato’ pon dh pandai blakon kn.. “
” Tgk ulangkali..dedua kelakar lerve la.. haha ingt kaler purple kua sampul kaler biru.. tkpe rezeki jgk tu.. Hahaaa.. semoga berbahagia hingga ke jannah.. “
” Adaaa adaaa .. lagi .. ada .. banyak lagi .. semalam tu … Allaah .. Hahaha comel jer… semoga kekal bahagia hingga ke syurga Aamin.. “
” Dato pn dh berjangkit dgn sis skrg ni..pndai dia berjenaka .. kabo ke dato ku pun nak duit raya.. lom ape2 dah mommy belanja mainan.. “
” Banyak tu.. sebundle.. Selamay Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin buat Datin sekeluarga.. Azmir dah dah bermaafan ke blm dgn Tok Molly ek.. “
” Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin annengasri_official alya’ srh pesan pd uncle molly kirim sampul raya pd daddy.. “
Nampaknya Dato’ Sumali sudah pandai bergurau dan semakin kelakar. Tak pernah lagi dibuat orang memberi duit raya seikat wang satu ringgit. Semoga jodoh pasangan ini berkekalan hingga ke jannah dan sentiasa berbahagia selalu. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Anne Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Belum makeup pun dah macam Tokti. Sekali makeup, fuh cantik betul. Tokti versi kurus sikit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Kenapa nak malu sangat. Tapi dalam sini ramai orang, asal you tak malu. Yang ni kan anak you.. ” – Eidress
-
Artis / Selebriti3 days ago” Rezeki apabila menjaga hubungn baik sesama adik beradik dan restu ibu. Alhamdulilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cari nahas sungguh Cikgu Geografi ni. Kak Lina merajuk rumah jiran mana pula kali ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ala comelnya ‘I was sick’. Speaking London Ayash, bijaknya dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka tahan tapi suara tak boleh tahan. Sumpah lawak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hampir gugur jantung weh, betul prank seram ni. Zizan bagus caring weh.. ” – Komen Netizen




