Connect with us

Artis / Selebriti

” Handsomenya baby kecil ni, mata tu lawa betul.. ” – Netizen

Video Terbaru Anak Kedua Emma Maembong, Shakil Aryan Shah Buat Warganet Geram. Alahai Budak Comel Ni Dah Botak Lah, Tak Ada Rambut Pun Handsome. Mata Tu Cantik Sangat !!

Sekitar pada bulan Mei yang lalu, Emma Maembong telah pun selamat melahirkan seorang lagi anak lelaki yang diberi nama Shakil Aryan Shah. Kelahiran Aryan menambahkan lagi kegembiraan buat Emma dan suaminya, Shazli Azhar serta anak sulung mereka, Shariq Arshan Gabriel.

Terdahulu Emma ada berkongsikan gambar dan video Arshan bersama Aryan dan kedua-duanya kelihatan comel sekali. Memetik komen warganet, wajah Arshan copy paste muka Emma, manakala Aryan pula lebih banyak persamaan wajahnya dengan Shazli.

Menerusi akaun Instagram Shakil Aryan Shah, satu video terbaru Aryan telah pun dimuatnaik. Kali ini kepala Aryan sudah pun dibotakkan sepenuhnya, licin berkilat. Melihat gelagat Aryan yang tersenyum ketika disapa oleh Shazli membuatkan ramai yang geram.

Senyuman manis ditambah pula dengan mata Aryan yang cantik, alahai tak jemu mata warganet memandang wajahnya. Cepat terhibur juga Aryan ini, senyumannya itu membuatkan semua yang memandang Aryan turut tersenyum bersama.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Ger4m tengok.. Kalau dapat girl sorang lagi… Sure macam mommy dye nii… handsome terokkk awok ehhh.. dengan kita sekali tersenyum-senyum tengok awak senyum.. melt1ng betul.. ”

” Tolongh la beranak lagi Emma.. anak-anak awak comel semua.. Perfect betul anak2 emma ni yer.. Emma cantik , suami handsome , anak putih sungguh , besar esok cantik tu.. ”

” MasyaAllah.. Comey nyaaa awak…. Emma, kalau saya tak serik nak beranak macam ni kalau dapat semua comel-comel macam ni.. ”

” Pertama comel, kedua lagi comel, ketiga girl insha Allah extra comel.. Blh perempuan pulak pasni.. confirm cantik g1la. Besar nanti hantaran mahal hehe.. ”

” Ya Allah kenapa cute sangat ni. Aunty ger4m rasa nak g1g1t je.. macam girl la muka dia.. mesti mommy nak girl ni hehe.. ”

” Mata dia tu Ya Allah, cantik betul. Cantik macam mamanya.. Beranak la lagi Emma weii. anak-anak semua elokkk.. Semoga menjadi anak-anak yang soleh aaminn.. ”

” Handsome nya baby kecil ni, mata tu lawa betul. Anak-anak Emma herlok belaka. keluar sorang comel, keluar sorang lagi pun comel sesangat.. ”

” Cantiknya mata dia masya Allah.. pergh macam kapas, putih melepak. botak pun handsome weh.. yang ni muka baba sangat.. ”

Ada rambut atau botak, Aryan memang seorang yang comel. Geram sungguh warganet melihat wajah putih gebu Aryan ini dan ramai yang mencadangkan supaya Emma beranak lagi. Apa-apa pun, semoga Shakil Aryan Shah membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang baik.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shakil Aryan Shah, IG Emma Maembong

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT