Connect with us

Artis / Selebriti

” Handsome boy kemain laju lagi nak naik tangga tu nak jumpa ibunya.. ” – Inaijari

Video Muhammad Afwa Yang Berlari Mendapatkan Ibunya, Dato’ Siti Nurhaliza Ketika Berada Di Atas Pentas. Amboi Afwa, Tak Sabar Nak Berada Dekat Ibu. Comel Sungguh !!

Meninjau ke akaun Instagram, sebuah video yang memaparkan gelagat Muhammad Afwa menuju ke ibunya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza yang berada di pentas telah dikongsikan. Video tersebut diambil menerusi Instastory seorang peminat Dato’ Seri Siti dan dikongsikan di akaun Instagram InaiJari.

Pada ketika itu berlangsungnya majlis sambutan hari lahir Dato’ Seri Siti yang ke 44 tahun. Afwa yang berada di bawah pentas segera mendapatkan ibunya sambil Dato’ Seri Khalid Muhammad Jiwa mengikuti Afwa dari belakang.

Dato’ Seri Siti turut memberi ucapan bersempena hari lahirnya dan kemudiannya turut berada di pentas ialah kedua anaknya iaitu Afwa dan Aafiyah. Begitu juga Dato’ Seri Khalid juga mengalu-alukan kehadiran tetamu.

Walaupun tarikh hari lahir Dato’ Seri Siti sudah berlalu beberapa hari, namun sambutan hari lahir ini tetap meriah. Dato’ Seri Siti juga nampak sangat cantik dan menawan mengenakan gaun berwarna hijau.

Jom tonton video di bawah :

( Klik butang KANAN -> untuk video seterusnya.. )

Majlis ini merupakan majlis yang dianjurkan oleh kelab peminat Sitizone yang berlangsung di Magica Banquet Hall, Quill City Mall Kuala Lumpur. Ia turut dihadiri oleh kaum keluarga Dato’ Seri Siti iaitu ibu dan adik beradiknya.

Walaupun sibuk dengan aktiviti majlis tersebut, Dato’ Seri Siti tetap melayan telatah anaknya. Sikap Dato’ Seri Siti ini menerima pujian daripada peminatnya yang merakam video tersebut. All the best dan semoga terus maju buat Dato’ Seri Siti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ctdk, Inaijari

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT