Artis / Selebriti
” Hamun-hamun aku dekat GV, pastu doa baik-baik dekat Mekah.. ” – Dato’ Ramli MS
Muatnaik Video Nabil Ahmad Mendoakan Dirinya Di Tanah Suci Mekah, Perkongsian Dato’ Ramli MS Raih Perhatian Ramai. Alahai Sayang Betul Nabil Pada Tok Ram, Nampak Ikhlas Betul Doa Tu. Reaksi Muka Nabil Tu Kenapa Macam Lucu Je, Huhu !!
Semua tahu betapa akrabnya pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad dengan Dato’ Ramli MS. Sejak musim pertama Gegar Vaganza sehingga musim ke 10, mereka sudah menjalinkan kerjasama dan tidak hairan lah Nabil sangat menyayangi dan menghormati Dato’ Ramli.
Meninjau akaun Instagram Tok Ram, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Nabil yang sedang berdoa. Buat pengetahuan semua, Nabil kini sedang mengerjakan ibadah umrah di kota Mekah bersama isteri dan anak-anaknya.
Menerusi video ini, Nabil berdoa agar Dato’ Ramli MS dimasukkan ke 78syurga tertinggi dan ayatnya ini diulang sebanyak 2 kali. Apa yang mencuit hati warganet adalah reaksi wajah Nabil pada ketika itu. Nabil ini kalau tak buat lawak memang tak sah, hehe.

Membaca kapsyen yang ditulis oleh Dato’ Ramli juga menggeletek hati warganet. Kata Dato’ Ramli, ketika di Gegar Vaganza, bukan main lagi Nabil menghamun dirinya, tetapi apabila sampai di Mekah, Nabil mendoakan yang baik-baik untuk Dato’ Ramli. Tambah Dato’ Ramli lagi, Nabil ini memang kelakar orangnya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Tok Ram ini sehingga kini telah pun meraih lebih 24 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aminn.. doa ikhlas daripada Nabil buat Tok Ram haha. Nabil kan sayang tok ram. Ni lawak tok, tapi doa tu tok hehe.. ”
” Itu tanda dia sayang dekat tokram. Aminn aminn aminn.. Tokram, nabil & jihan adalah pelengkap gv sampai bila2.. the best trio ever.. ”
” Aaamiinnnnn…. kita tak tau.. sebenarnya nabil syg sngat kat tok ram… pecaya lah… dia lah org yg pertama meraung jika suatu hari dia rasa kehilangan.. tok ram. semoga Allah memanjngkn tok ram dan ahli keluarga… ammiinn… begitu jua dgn nabil sekeluarga.. ”
” Nmpk je kelakar tp niat nabil mmg ikhlas n nmpk btul syg dia dh mcm bapak dia dh tokram tu.. smoga doa nabil dimakbulkan aaamiiinnn.. ”
” U both are best friend forever…. Tok Ram belajo ilmu kelako pun dgn Hj Nabil.. aamiinn ya rabbal’alamin.. saya tolong aminkan.. Doa Nabil ikhlas utk sahabat baiknya ini.. hanya dia je tahu apa yg tersirat.. ”
” Bagus Nabil, dalam doa dia ingat pada Tok Ram. Nabil kan sayang tokram, doa ikhlas nabil buat tokram.. ”
” Aamin, yang hamun depan-depan tu la sahabat hehe.. comel je nabil doa untuk tokram. sempat dia buat mata macam tu haha.. ”

Doa yang ikhlas daripada Nabil, walaupun nampak kelakar reaksinya tetapi Nabil bersungguh meminta daripada Allah untuk Dato’ Ramli. Semoga doa Nabil ini diangkat oleh-Nya dan hubungan Nabil dan Dato’ Ramli kekal berpanjangan sampai bila-bila.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Tok Ram, IG Nabil
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti1 hour ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti7 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen



