Connect with us

Artis / Selebriti

” Gorgeous nya lah hai. Lembut dan bernada je cara cakap.. ” – Netizen

Video Perkongsian Eja Tentang Tips Kekal Awet Muda Sekali Pun Sudah Berusia 50an Raih Perhatian Warganet. Patutlah Eja Maintain Muda Dan Cantik Je, Ini Rupanya Amalan Dia. Boleh Ikut Ni !!

Lama sudah pelakon, Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Eja menyepi daripada dunia seni. Tahun lalu, pertemuan kembali Eja bersama hos Roda Impian, Halim Othman mengamit memori peminat rancangan tersebut.

Meninjau akaun Instagram Kosmo Online, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual pihak Kosmo bersama Eja. Eja yang ditemui di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena KAMYA Fest menyertai program ini dan memasarkan produk sambal keluarannya.

Dalam temubual ini, Eja turut berkongsi rahsia kecantikannya. Pada usia yang telahpun memasuki 50-an, Eja masih kelihatan muda dan sihat bertenaga. Rahsianya adalah perbanyakkan minum air kosong dan menjaga pemakanan.

Tidak itu sahaja, tidur yang cukup dan penjagaan emosi juga perlu dijaga. Jika dahulu, Eja bantai sahaja makan apa sahaja yang teringin di tekak, tetapi sekarang tidak lagi. Kesihatan perlu diberi keutamaan barulah tampak muda selalu.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telahpun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet sejak ia dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Lembutnya dia berckp.. muka pon nampak tenang ajer. Suka dia ni lembut tapi dalam lembut ade tegas nya.. “

” Gorgeous nya lah hai.. Lembut bernada je cara cakap. Adore her and her acting jugak.. “

” Antara pelakon yg saya minati dan selalu ternanti2 dramanya di bulan ramadhan sbb lakonannya menyentuh hati.. “

” Cantik btul dia ni. kak eja dulu kini selamanya. My fav actress dr dlu lagi. Cermin mata tu suka.. “

” Legend Cantiknyer kak eja. lembuttttt je berkata-kata betholllll kannn. Sejuk mata tengok kak Eja.. “

Tak hairanlah Eja boleh cantik sebegini, itu rupanya amalannya. Betul juga apa yang dikatakan oleh Eja itu, jika dalam industri, semua ini mungkin sukar untuk diamalkan kerana terikat dengan waktu kerja yang tidak menentu.

Ada hikmahnya juga Eja bersara daripada bidang hiburan. Apa yang tidak dapat dilakukan dahulu, kini Eja dapat menyusun kehidupannya dengan tenang dan mudah. Bolehlah semua peminat cuba amalkan tips Eja ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG IG Kosmo Online, IG Eja78

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT