Artis / Selebriti
” Goosebump, meremang bulu roma bila dia terbang tinggi ke atas macam tu.. ” – Netizen

Video Persembahan Aisha Retno Di Pentas Anugerah Juara Lagu 38 Raih Perhatian Ramai. Fuh Persembahan Paling Gempak Ni. Smooth Je Aisha Terbang, Steady Lah. Tinggi Tu, Mendebarkan Jantung Betul !!
Pentas akhir Anugerah Juara Lagu 38 kini sedang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil. Acara tahunan berprestij ini melibatkan 12 orang finalis yang bakal melakukan persembahan terbaik mereka. Element kejutan pastinya menjadi perhatian dan salah seorang yang dinantikan adalah Aisha Retno.
Meninjau akaun Instagram TV3 Malaysia, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan persembahan Aisha untuk lagu taruhannya, Sutera. Penampilan pertama Aisha di pentas AJL ini bertemakan kisah puteri Jawa yang mengangkat martabat wanita.
Mengagumkan, itu yang dapat disimpulkan untuk persembahan Aisha ini. Tidak hanya kerana kostum yang digunapakai dan barisan penari yang menemani di pentas, Aisha juga menampilkan kejutan terbang di atas pentas ini dan ianya meraih tepukan gemuruh.
Bukan biasa-biasa persembahan Aisha dan ianya nampak cukup sempurna. Macam real sahaja Aisha terbang ke udara laksana Si Puteri. Vokal Aisha juga hebat, cuma sedikit kedengaran penat di penghujungnya mungkin kerana banyak pergerakan dan tarian yang dilakukannya itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 100o tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Goosebump, segala bulu goosebump. Nak api, meletop lah persembahan Aisha ni. awal-awal dah meremang.. performance Aisha memang A Plus.. ”
” Tak tahu kenape, lagu ni kalau dengar kan … meremang sangat. bukan lagu biasa-biasa.. Power gila tengok live, meremang.. hebat dia dgn mimik wajah menjiwai.. ”
” Goostbump kami yang tengokk live dari Axiata ni.. smua bg standing ovation lgi lahhh.. terbang tu real betul.. Yang ni layak persembahan tbaik. Serius best sgt.. ”
” Meremang bulu roma bila dia terbang tinggi ke atas macam tu. risau time dia terbang tu, tinggi betul weh.. ”
” Gempak betul persembahan Aisha, memang power lah. Last terbang tu meremang tengok.. memang macam puteri jawa.. renungan mata tu aihhh serammm.. ”
” Meremang tgk persembahan live sutera dr aisha retno… Mudah2an juara malam ni.. dia terbang tu aku yang meremang.. ”
” Persembahan gempak, Kann dah ckp ari tu..aisha retno ni mmg ada element sepais lain mcm.. terkejut ai yg last2 tu jd kawan ponti.. dia terbang betul la weh.. ”
Bukan biasa-biasa persembahan Aisha Retno ini, memang all out Aisha berikan untuk final. Ramai yang berharap agar Aisha dapat menjulang trofi juara AJL38. Sama-sama kita nantikan sehingga ke akhir nanti siapakan yang bakal diangkat sebagai juara. Apa-apa pun, tahniah Aisha kerana melakukan persembahan yang memukau.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Tv3 Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti3 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Unexpected menu dia buat, sekali aku pun berdekah, haha.. ” – Komen Netizen