Artis / Selebriti
” Good job Yusuf and Alisa.. ” – Netizen
Video Anak-Anak Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar Dan Alisa Aisyah Mengulangkaji Bahasa Mandarin Raih Pujian Warganet. Wah Pandainya Yusuf Dan Alisa, Syok Dengar Sebutan Bahasa Mandarin Dua Beradik Ni !!
Bagi yang suka mengikuti Instagram Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, pasangan itu tidak lokek berkongsikan aktiviti harian mereka sekeluarga. Ramai yang suka melihat telatah anak mereka iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah yang dikatakan bijak.
Melihatkan cara didikan Hanis kepada Yusuf dan Alisa, ramai peminat memuji Hanis sememangnya seorang ibu yang mempunyai skill dan kemahiran dalam membentuk kedua anak-anaknya yang patut dicontohi oleh ibu-ibu dan bapa- bapa di luar sana.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Hanis, telah dikongsikan video yang memaparkan gelagat Yusuf bersama Alisa sedang mengulangkaji Bahasa Mandarin yang dipelajari mereka. Tulis Hanis, dia sering kali bertanya kepada Yusuf apa yang dipelajarinya. Namun Yusuf menjawab tidak tahu.

Kongsi Hanis lagi, mujur guru yang mengajar Yusuf menghantar video ini buat Hanis agar Hanis dapat melihat perkembangan Yusuf. Sehingga kini, video tersebut telah menerima belasan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Wah nampak Yusuf tekun betul mengulangkaji apa yang dipelajarinya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya memberikan pelbagai respon dan berkongsi perkembangan anak-anak mereka yang turut mempelajari Bahasa Mandarin. Antara komen-komen menarik adalah :
” Good job Yusuf and Alisa.. Sama lah.. Bila kite nak ngajar kt rumah tak reti, takut salah sebutan. Bila tanya dia dia jawab tak tau tak tau.. Risau jek.. Tp bila tengok hw chinese mcm okay je.. “
” Saya pun tgh bertahan menjadi parents dari kaum minoriti di SJKC anak saya, tak mudah, tebal muka ja la tanya kalau tak faham.. Bersakit² dahulu, yg senang nanti pada anak juga bila dia tahu Mandarin, byk kelebihannya.. InshaAllah.. “
” Ishhhhhhhhh, hebatnya dia.. Malunya saya. Belajar Mandarin setengah jalan je pastu bendera putih terus hehehehehe.. “
” Ank sy 2 taun jer bljr. Lpas tu dia nk sekolah mlayu, haha.. Dia ckp mandarin sush. Kakk dia plk bljr amik course English comuni +mandariin.. “
” Sama la dgn ank sy no 2.. Ty blaja ape dia ckp tak thu lps tu lp dh.. Tup2 klu ad homework ehh laju je jwb soklan.. Hurmm.. “
” Anak lelaki biasa macam tu. Nmpk mcm tak tahu tp diaorg ni obervant dan diorg ingt apa diaorg belajar.. Hebat kan mereka.. “
” Ger4m tengok dua beradik ni, dah lah dua2 comel, cerdik pula tu.. Yusuf kalau dengan Alisa lembut betul cakap kan, hehe sweet sangat.. “
Comel melihat Yusuf dan Alisa menerusi video tersebut, nampak Yusuf memang ingat apa yang dibelajarinya. Apa-apa pun semoga Yusuf, Alisa terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh, solehah serta bijak buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG haniszalikha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

