Artis / Selebriti
” First time tengok house tour tak fokus. Ni la review riak yang tak nampak riak, nampak kelakar.. ” – Komen Netizen

Video gelagat Erma Fatima acah-acah riak buat house tour di sebuah rumah buat warganet terhibur. Lain macam betul Erma punya riak ni. Berdekah dibuatnya, haha..
Bagi yang mengikuti akaun media sosial pengarah dan producer terkenal, Erma Fatima, pastinya sudah masak dengan perangai Erma yang suka melawak dan spontan ayatnya. Erma seorang yang selalu berceloteh panjang dan suka mengusik ibu dan adik-adiknya.
Meninjau entry di akaun Instagram Erma Fatima, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Erma berada di sebuah rumah. Erma sudah menyatakan di hujung postingnya itu yang rumah berkenaan bukan lah miliknya dengan hashtag tertulis ‘ ni bukan rumah aku yer ‘.
Berbeza dengan perkongsian Erma sebelum ini, kali ini Erma berkongsikan gelagatnya yang mencuit hati dan agak pelik dilihat. Erma mengatakan dia ingin riak sekejap dan menunjukkan keseluruhan rumah itu. Bermula dari ruangan dalaman rumah, satu demi satu ruangan ditunjukkan.
Tidak hanya ruang tamu, ruang rehat dan dapur, malah semua pinggan mangkuk dan sudu yang terhidang di atas meja juga ‘diriakkan’ oleh Erma. Telatah Erma itu mengundang ketawa ramai. Bak komen warganet, ini riak yang tidak nampak riak tetapi menggeletek hati.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Untung Fattah Amin, cuci kaki haha.. comel lah mama Erma ni. seronok tgok erma brlakon wat view umah org kaya trend skrg kn erma.. “
” Dialog orang riak, ini cawan teh saya paling mahal lukis tangan saya beli di london. Ini lukisan saya pun saya beli di london. Ohh nanti ada kabinet di sini saya order dari luar negara. Ohh ini koleksi pinggan saya beli di London. Fuhh dia punya riak, haha.. “
” Jangan riak sangat yer sis.. haha. Tunang pn x sanggup nk dkt lgi.. kaya naw.. x mampu nk sediakn smua tuu hehe.. “
” Amboi tunang Fattah ni, menunjuk nunjuk pulak haha.. first time tgk org riakk ku ter SUKA.. Biasanye menyampahh.. yg ni rare haha.. “
” Walaupn dia nk meriak tpi aku rasa dia tga melawak adoiiii haha.. Makin menjadi sjk tunang ngn Fatah ni. rasa rasa macam tak sampai riaknya tu haha.. “
” First time tgok house tour xfokus.. nak tergelak adalah terhibur pulaa.. Erma bila dia meriak, halus jer dia bagi haha.. “
” Haha kelakar pulak karakter Erma kali ni. Macam bukan dia hehe. penat lah gelak, gedik gedik tu jadi betul eh haha.. “
” Ni baru betol kaya diam3 selama ni.. skrg je makin riak memerli.. Bapak klakar x terasa riak aku rase ble kak erma yg tour umah dia.. “
” Ni la review riak yg tk nmpk riak, nampak kelakar. Tak taula npe adoii kak erma ni kn.. geram ek. mengekek kita ketawa.. “
Kelakar sunggup apabila Erma cuba untuk ‘meriakkan’ diri. Bukan menyampah malah warganet terhibur dengan lakonan riak Erma itu. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga semua yang menonton video ini juga turut terhibur.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Erma Fatima, Tiktok Erma Fatima
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Jujur sangat doa tu Amayan. Tak boleh bayangkan kalau Dato’ Vida jadi mak mertua, haha.. ” – Komen Netizen