Connect with us

Artis / Selebriti

” First time dah power Jebat.. ” – Acap Kristal

Video Aksi Anak Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden Belajar Main Drum Terima Pujian Daripada Acap Kristal. Power Lah Jebat, Lepas Ni Boleh Ajak Baba Join Main Drum Sekali Lah !!

Bagi yang suka mengikuti pelakon Sharnaaz Ahmad mahupun bekas isterinya, Noor Nabila pasti mengetahui mereka sering berkongsi video aktiviti anak tunggal mereka iaitu Jebat Jayden buat tontonan umum. Gelagat Jebat ini juga sering membuat ramai tak kering gusi ketawa.

Selain mempunyai perangai yang kelakar, jangan tak tahu Jebat juga sangat suka bermain drum. Meninjau di akaun TikTok milik Acap Kristal telah dikongsikan satu video yang memaparkan Acap sedang mengajar Jebat untuk bermain drum dengan betul.

Kagum melihat kebijaksanaan Jebat bermain drum, Acap memberikan pujian kepada Jebat dengan menulis pada video tersebut mengatakan meskipun baru pertama kali, Jebat sudah power bermain drum. Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet.

Ada peminat telah mengatakan selepas ini Jebat bakal mempunyai sebuah band dan menjadi seorang pemain drum yang hebat kerana Jebat diajar oleh seorang pemain drum yang hebat seperti Acap. Sehingga kini, video tersebut telah ditonton hampir 400 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.

Tonton video di bawah ini :

@acapkristalxxx

FIRST TIME DAH POWER JEBAT #foryou #fyp #viral #foryoupage #fypシ #fypdongggggggg

♬ original sound – Acap Kristal – Acap Kristal

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian tersebut dan pelbagai respon diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Ini kes band slipknot la ni Joey Jordison.. Ngam(J.J) jebat jayden aka Joey Jordison.. Bijak Jebat main, tengok gaya pun dah tahu.. “

” Habih la.. Jebat bakal tubuhkan band dah lepas ni.. Okay tunggu key masuk ‘malam ini ku sendiri, tk ada yang menemani’ .. “

” Cikgu die pun powerr… Buat dia jd Jebat Jordison cap.. Lpsni baba Jebat ajak berantam lagu metalica la, tunggu tengok lah.. “

” Lama lama bunyi mcm lion dance punya drum dah Jebat u.. Nak beli one set camni tapi tu lah takda tempat nak taruk.. “

” Power lah baby, pasni Jebat rajin tau belajar main.. Nampak ada potensi boleh main alat muzik dengan baik..  Berbakat.. “

” bakal drumer nih..akan datang.. Sifu yang ajar pun power.. Mesti lah anak didik akan jadi power juga nanti.. Terbaik.. “

” Get ready la lps ni metalica dgn baba.. Ada lagi tak video.. Nanti up la video Jebat main drum lagi tau.. Seronok tengok dia, hehe.. “

Alahai pandainya Jebat main drum, bersungguh-sungguh Jebat masa tengah belajar tu. Memang minat betul Jebat dengan alat muzik drum ini. Apa-apa pun semoga Jebat terus belajar dengan baik dan segala cita-cita yang diimpikan oleh Jebat akan tercapai nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok acapkristalxxx, IG jebatjayden

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT