” Finally yeayy, pen4t simpan rahsia.. ” – Salina Saibi

Sheera Iskandar Kongsi Gambar Bersama Suaminya, Halim Raih Perhatian Peminat. Wah Pregnant Rupanya, Patut Berseri-Seri Wajah Sheera. Baby Bump Besar Dah Tu !!

Diam tak diam sudah setahun usia perkahwinan pelakon siri kepolisian Gerak Khas, Sheera Iskandar. Bergelar isteri kepada Mohd Halim, Gerak Khas menemukan mereka dan ianya berakhir di jinjang pelamin.

Sebagaimana pasangan lain, Sheera turut berkongsikan gambar raya pertamanya bersama suami di media sosial. Meninjau akaun Instagram Sheera Iskandar, sekeping gambar mereka yang memakai busana berwarna biru dimuatnaik.

Dengan ucapan selamat hari raya yang tertera pada gambar ini, Sheera turut memaklumkan berita gembira dirinya kini sedang berbadan dua. Wah baby H lagi, pandai Sheera menyimpan rahsia. Tak lama lagi bakal bergelar ibu dan ayahlah Sheera dan Halim.

Perkongsian oleh Sheera ini disambut baik oleh para peminat dan ramai yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah untuk berita kehamilan ini. Dapat dilihat pada satu komen balas Sheera mengatakan dia bakal melahirkan tidak lama lagi.

Jom baca perkongsian di bawah :

Kegembiraan yang terpancar jelas daripada wajah Sheera dan Halim. Tahun ini berdua, tahun depan Insha Allah bertiga. Antara komen-komen peminat :

” Cantik sayangku, tak sabar nak tunggu baby comel tu keluar. Selamat hari raya Sheera dan Halim.. “

” Finally yeayy, pen4t simpan rahsia.. ” – Salina Saibi

” Tangan dihulur maaf dipohon, Tanda ikhlas mensucikan diri, Salah dan s1lap harap diampun, Semoga berbahagia di Aidilfitri. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Ingatan tulus ikhlas dari kami sekeluarga.. “

” Sheera, alhamdulillah tahniah. Selamat hari raya maaf zahir dan batin. May Allah ease for you.. “

” Alhamdulillah, congrats dear Sheera. Salam eid mubarak. New baby coming soon yeayy.. so cute baby bump.. “

” Wah congrats Sheera dan suaminya. Salam Aidilfitri, comel baby bump. Pandai sor0k ye, tak perasan langsung sebelum ni.. “

” Comelnya kak Sheera. Alahai comelnya baby bump dia. Semoga Allah permudahkan segala urusan bersalin nanti. Selamat hari raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.. “

” Wah kak Sheera, congrats. Can’t wait to see your baby. Selamat hari raya . Maaf zahir dan batin.. “

Tak lama lagi, bolehlah peminat melihat Sheera junior pula. Tahniah Sheera daripada kami di Berita Kopak untuk berita gembira ini. Semoga segala urusan Sheera sepanjang kehamilan dan bersalin nanti berjalan lancar dan dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sheera Iskandar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..