Connect with us

Artis / Selebriti

” Feeling betul Kamal sampai tersedu masa menyanyi, haha.. ” – Netizen

Video Nyanyian Kamal Adli Dan Ain Edruce Di Program Lagu Cinta Kita 3 Raih Pujian Ramai. Wah Merdu Juga Suara Pengacara LCK3 Ni, Ada Bakat Terpendam Rupanya. Part Last Tu Lawak Lah Kamal, Feeling Sangat Tu !!

Rancangan realiti nyanyian yang berkonsepkan ‘ music dating ‘ , Lagu Cinta Kita Musim Ke 3 kini kembali bersiaran di TV3. Memulakan episod pertamanya 31 Oktober yang lalu, musim kali ini membawakan hos sensasi, Ain Edruce bergandingan bersama Kamal Adli.

Diadili oleh juri profesional, Mas Idayu dan Ajai, musim ini lebih riuh dengan gelak ketawa dan usik mengusik Kamal dan Ain. Seperti musim-musim lalu, pasangan hos pastinya akan mempersembahkan nyanyian mereka.

Meninjau akaun Instagram TV3 Malaysia, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan nyanyian hebat dan penuh bertenaga daripada Kamal dan Ain. Menyanyikan lagu dendangan asal Imran Ajmain berjudul Seribu Tahun, suara Ain dan Kamal mendapat pujian peminat.

Bukan selalu kita dapat menonton Kamal dan Ain menyanyi di atas pentas sebegini. Tersenyum sahaja Mas Idayu dan Ajai melihat persembahan pasangan hos ini. Part hujung tu, boleh pula Kamal buat lawak. Ad0hlah Kamal Adli, haha. 

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telahpun mendapat lebih 2000 likes daripada peminat setakat ini. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Pergh Kamal boleh nyanyi la, sedap tone suara dia. Ain pun, cayalah. Haha Mas Idayu cur1 cur1 senyum, tak0t Kamal bahanlah tu kalau dia gelak haha.. “

” Wow surpr1se actually they can sing very well. Suara pun sedap dengar walaupun huj0ng tu Kamal buat peranga1 haha.. “

” Fuh jarang tengok hos yang bukan penyanyi boleh menyanyi sedap. Suara Kamal sedaplah, terasa feeling dia tu. Good job Kamal dan Ain.. “

” Haha memang ngam dua dua tu. Dah la masing masing masuk air haha. Yang last tu dah kenapa Kamal haha, elok2 feeling dah tergelak.. “

” Wow ke laut pun sedap suaranya, cute je dia orang ni confident. Haha feeling betul Kamal sampai tersedu masa nyanyi.. “

” Wow not b4d, i terhibur haha. Best la hos berdua ni, baru la ngam. Sedap suara Kamal, bolehlah berduet dengan cik tunang nanti.. “

” Wah Kamal boleh nyanyi la, sedap suaranya. Syok dengar suara tu, tapi Kamal tetap Kamal. Lawaknya mesti ada hujung-hujung eh haha.. “

Mengacara boleh, menyanyi pun berbakat Kamal dan Ain ini. Jadi hiburan buat juri dan penonton di rumah hos kali ini. Apa pun, semoga Kamal dan Ain terus success dalam kerjaya dan stay safe selalu walau di mana berada.

Sila tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG TV3 Malaysia, IG Kamal_uqasha, Youtube Channel TV3 Malaysia Official

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT