Viral
” Fazura extra yis tu memang terbahak lah dengar. Cara dia cakap memang macam Fazura.. ” – Komen Netizen
Video Podcast Seorang Wanita Bernama Ainee Suhaidi Yang Memiliki Suara Dan Wajah Seperti Fazura Curi Perhatian Warganet. Lenggok Suara Memang Sebijik Macam Fazura. Bak Kata Tuan Badan, Fazura Versi ‘Extra Yeast’. Walaupun ‘Terlebih Yis’, Tetap Cantik Dan Comel !!
Dalam dunia ini, seringkali dikatakan semua orang mempunyai 7 insan yang berwajah serupa. Walaupun tidak 100% sama, tetapi persamaannya dapat dilihat oleh orang sekeliling. Ini juga yang dialami oleh seorang wanita bernama Ainee Suhaidi apabila dikatakan begitu seiras dengan pelakon, Fazura.
Menerusi akaun Tiktok Syuhaidaarffn, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ainee ditemubual dalam podcast You Syud Know. Mendengar suara dan melihat gaya Ainee bercakap, memang benar ianya seakan-akan mendengar Fazura sedang bercakap. Intonasi suaranya juga sama dengan Fazura.
Ainee turut berkongsi cerita tentang ramai yang menyamakan dirinya dengan Fazura sedangkan dia langsung tidak nampak apa persamaan tersebut. Ainee pernah berjumpa Fazura secara berdepan dan mereka ada mengambil foto bersama tetapi masih Ainee merasakan dirinya tidak sama dengan Fazura.

Host podcast ini juga mengatakan tone suara Ainee yang membuatkan Ainee dilihat seperti Fazura. Cuma bezanya, Fazura itu kurus dan runcing wajahnya, manakala Ainee pula sedikit chubby. Pernah ada orang menyuarakan kepada Ainee yang dirinya adalah Fazura ‘terlebih yis’.
Jom tonton video di bawah :
@syuhaidaarffn “Fazura versi extra yeast”?????? Sama ke tak????? @Ainee Suhaidi #yousyudknow
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Gaya tu memang sama sebijik Fazura.. betul sgt, cara bercakap dan tone tu mmg sama, tpi kalau lembut lgi mmg mcm style fazura.. ”
” Dia cakap iye ke tu pun sama dengan Fazura. Fazura extra yis tu memang terbahak lah dengar. tapi cara dia bercakap memang macam fazura.. ”
” Fazura versi extra yeast hahah.. tapi tetap comel dan lawa. My mom always said “terlebih mauripan” if someone comel gebu.. ”
” Tone suara tu tone suara Fazura.. suara dia sama dengan fazura, cara dia cakap totally the same. Kalau tk tgk vdeo i akan ingt its fazura.. ”
” Wehhh muka dia pun sama je la. Cantik macam fazura hehe tapi yang ni versi chubby.. tone suara pun sama cuma Ainee versi gangster sikit.. ”
” Aah samalah cara cakap.. muka seakan-akan manis memang ah extra yeast.. haha.. Fazura version yg lawak gila.. ”
” Betullah Fazura extra yis.. cara sebutan tu sama.. Mcm Fazura beli kat shopee.. dia mcm sama tapi tak serupa… tapi tak sama.. mcm sikit2 ada. Vibe atau energy sama kot.. ”

Ramai yang bersetuju mengatakan Ainee mempunyai tone suara dan gaya bercakap yang sama seperti Fazura. Boleh bayangkan wajah Fazura sekiranya chubby, tentu sama seperti ini. Fazura extra yeast pun comel dan kelakar orangnya. Jika dipertemukan Fazura dengan Ainee tentu gempak dan meriah suasana.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Syuhadaaffn, ig Fazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salah tu memang salah lah, tapi nak buat macam mana kan. Orang dah.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang last tu penam por satu kali hilang la kut gagapnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baru umur 13, dah nampak macam 20.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Buat anak-anak saya 6 orang, biar pun papa mencari lagi 4 orang takde.. ” – Datuk Red
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you for giving me the family I have always prayed for.. ” – Suami Nelydia Senrose
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lunak lenggoknya, memang kena dengan jiwa ghazal. Melekat terus sampai ke telinga.. ” – Komen Netizen

