Connect with us

Artis / Selebriti

” Eh I tak pernah naik belon lah.. ” – Erra Fazira

Video Ditanya Oleh Wartawan Tentang Lamaran Di Atas Belon Pan4s, Jawapan Erra Fazira Buat Ramai Terhibur. Alahai Sporting Betul Erra Ni, Terbaik Lah !!

Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis pernikahan kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila dengan pasangannya, Engku Emran. Umum mengetahui, Engku Emran pernah bernikah dengan primadona kesukaan ramai, Erra Fazira.

Terbaru menerusi akaun Instagram abpbbh33, telah dikongsikan video temubual Erra Fazira bersama dengan beberapa orang wartawan hiburan. Erra ditanya mengenai perkahwinan bekas suaminya dan Nabila.

Erra juga memaklumkan puteri tunggalnya, Engku Aleesya pernah mengatakan biar ayahnya berkahwin lagi tetapi ibunya tidak perlu berkahwin. Erra berharap itu hanyalah gurauan anak perempuannya sahaja dan Erra bercerita sambil ketawa.

Apa yang menariknya, wartawan turut bertanya mengenai lamaran di atas belon pan4s. Namun jawapan yang diberikan oleh Erra membuatkan semua yang ada di situ ketawa dengan respon dan gurauannya.

Pastinya ramai yang menonton video Engku Emran melamar Nabila di atas belon pan4s. Engku Emran juga pernah membawa bekas isterinya, Laudya Cynthia Bella dan anaknya, Engku Aleesya naik belon pan4s sebelum ini. Amboi, sempat lagi wartawan bergurau dan mengusik Erra yer.

Jom tonton video di bawah :

Erra kelihatan begitu sporting dan santai sahaja menjawab pertanyaan daripada wartawan. Memang seorang yang profesional. Antara komen-komen yang diberikan oleh peminat-peminat :

” The way Erra Fazira can make everyone laughs showed how humble she is and people really love her.. “

” Ya Allah permudahkan lah jodoh utk erra.. Semoga Erra bertemu jodoh dengan orang yang baik.. Aamiin.. “

” Love sangat, tetap cantik.. kak erra orangnya sangat baik.. sayang akak.. I tak minat naik belon.. Erra kata.. Good.. “

” Elegant n style.. adore sgt.. yg penting sederhana shj even sis errafazira ni diva malaysia ok.. tetap cantik.. “

Selain daripada itu, Erra juga turut ditanya mengenai ciri-ciri suami idamannya. Bagi Erra, cukuplah ada keserasian antara mereka, ada sikap tanggungjawab dan Erra berasa selamat berada di samping lelaki tersebut.

Seorang yang peramah dan sangat humble, itulah insan yang bernama Erra Fazira. Jodoh dan pertemuan itu adalah rahsia Allah. Semoga selepas ini Allah akan temukan Erra dengan pasangan yang sesuai dan akan hidup bahagia selama-lamanya. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG abpbh33, errafazira

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT